Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
118) PELANCONGAN HOMESTAY
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri ke arah memajukan Industri Homestay di Selangor.
Di Negeri Selangor terdapat lima (5) buah homestay yang berlesen dan sentiasa menjadi keutamaan kepada Tourism Selangor dalam aktiviti promosi dalam dan luar negara serta menjadikan ianya antara pakej utama bagi kunjungan ke Negeri Selangor.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan dan perkembangan Industri Homestay ini di kawal selia oleh pihak Kementerian Pelancongan Malaysia. Kementerian Pelancongan Malaysia mengeluarkan lesen serta garis panduan dan kriteria yang perlu dipatuhi oleh para pengusaha homestay. Berikut adalah senarai homestay tersebut:
BIL. HOMESTAY DAERAH 1. Homestay Kampung Sungai Lang Tengah Kuala Langat 2. Homestay Kampung Endah 3. Homestay Kampung Batu Laut 4. Homestay Kanchong Darat 5. Homestay Kampung Kundang 6. Homestay Banghuris Sepang 7. Homestay Boungainvillea , Sg Kertas Gombak 8. Homestay Sungai Tengi Hulu Selangor 9. Homestay Sungai Sireh Kuala Selangor 10. Homestay Batu 23 Sungai Nibong Sabak Bernam 11. Homestay Sungai Haji Dorani 12. Homestay Sepintas 13. Homestay Air Manis 14. Homestay Papituselem 15. Homestay Seri Kayangan Homestay atau Inap Desa adalah merupakan salah satu program pelancongan yang semakin popular di Malaysia. Ianya bukan sahaja terdapat di Negeri Selangor bahkan di seluruh Malaysia antaranya seperti di Negeri Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan di beberapa negeri lain. Bahkan program ini yang hampir sama turut dilakukan di beberapa buah negara seperti di Taiwan (Leisure Stay) dan negara barat yang turut dikenali sebagai ‘Farm Stay’. Sehubungan dengan itu Tourism Selangor sebagai agensi promosi telah dan akan terus melakukan aktiviti promosi antaranya:-
- Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor sentiasa memainkan peranan utama dalam memastikan produk homestay ini dipromosikan secara meluas di dalam mahupun di luar negara.
- Tourism Selangor akan menggunakan semua saluran media yang sedia ada mahupun media alternatif serta penggunaan laman web rasmi Tourism Selangor dalam mempromosikan program yang semakin popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara ini.
- Terdapat beberapa siri lawatan media dan agensi pelancongan daripada dalam dan luar negara telah dan akan diatur oleh Tourism Selangor bagi memastikan semua maklumat berkaitan aktiviti homestay dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan kepada para pelancong.
- Tourism Selangor juga pada tahun 2010 hingga 2013 telah mengadakan aktiviti Skuad Kembara Selangor Shines yang menjelajah ke sekolah-sekolah menengah dan IPTS seluruh Negeri Selangor serta ke seluruh semenanjung Malaysia turut mengedarkan risalah dan membuat penerangan berkaitan homestay di Negeri Selangor .
- Tourism Selangor turut mencetak risalah homestay dalam beberapa bahasa seperti Bahasa Melayu, Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun untuk diberikan kepada para pelancong ketika mengadakan promosi pameran di dalam dan luar negara.
- Tourism Selangor juga telah dan akan membawa beberapa acara dengan menjadikan homestay sebagai lokasi utama supaya dapat memperkenalkan homestay secara langsung dan lebih tepat kepada orang ramai.
Tourism Selangor turut menyediakan pakej-pakej homestay yang menarik dan turut mengabung aktiviti-aktiviti homestay sebagai pakej yang dipromosikan sempena Tahun Malaysia 2014 dan Tahun Melawat Selangor 2015.
-
Nyatakan kawasan yang terlibat dalam industri Homestay kelolaan kerajaan di Negeri Selangor
Sama seperti di SUB (a)
-
Berapakah jumlah peruntukan dan apakah skim yang kerajaan negeri beri dan tawarkan untuk membangunkan industri Homestay.
Sama seperti di SUB (a)