Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

249) PELANCONGAN FRUIT VALLEY

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan PKPS untuk membangunkan Fruit Valley Selangor?

    Selangor Fruit Valley (SFV) adalah ladang Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkeluasan 946 hektar yang terletak di Bestari Jaya, Selangor. Daripada jumlah keluasan itu sebanyak 359 hektar diperuntukkan untuk usahawan tani manakala 587 hektar lagi diusahakan sendiri oleh PKPS.

     

    Rancangan pembangunan SFV adalah seperti berikut;

    i. Menambah kawasan penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menyumbang kepada keselamatan bekalan makanan di Selangor.
    ii. Menambah baik kawasan agro pelancongan untuk menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara. Antara aktiviti terbaru yang sedang dibangunkan adalah akiviti memancing, sukan lasak ATV (All-Terrain Vehicle) dan tapak perkhemahan.
    iii. Menambah Produk di SFV iaitu Pusat Pemprosesan Madu, Agriculture Centre of Excellence ( ACE ) dan Projek Pertanian Berteknologi Tinggi ( IOT ) seperti Hidroponik dan Fertigasi.

  2. Bagaimana aktiviti pelancongan memanfaatkan Fruit Valley?

    Aktiviti pelancongan memanfaatkan Selangor Fruit Valley menerusi pendapatan yang diperolehi daripada pembelian tiket masuk iaitu RM15 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak serta warga emas; pembelian pelbagai pakej aktiviti pelancongan; pembelian buah-buahan dan sayur-sayuran serta pembelian cenderahati. Pendapatan yang diperoleh kemudian digunakan untuk perbelanjaan pembangunan SFV.

  3. Bagaimana PKPS menarik lagi ramai pengunjung ke Fruit Valley?

    Strategi PKPS untuk menarik lebih ramai pengunjung ke SFV adalah seperti berikut ;

    i. Mempelbagaikan aktiviti menarik seperti tarian kebudayaan seperti Lion Dance dan Tarian Zapin, karnival kanak-kanak dan aktiviti sukan yang menyihatkan.
    ii. Promosi pemasaran dengan menggunakan platform media sosial, e-poster, pengiklanan di radio dan juga advertorial artikel yang akan dikeluarkan di media cetak dan media digital.
    iii. Penambahbaikan kemudahan fasiliti kepada pengunjung selain mencantikkan kawasan sekitar.
    iv. Penganjuran pelbagai Program dan Aktiviti seperti Pesta Makan Buah-buahan Tempatan , Pertandingan Melukis, Photographer Contest, dan lain-lain

Lampiran

Tiada Lampiran.