Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

238) PELANCONGAN EKO-PELANCONGAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan dalam pembangunan sektor Eko-Pelancongan?

    Dalam perancangan kerajaan Negeri dalam pembangunan sektor Eko Pelancongan adalah melalui beberapa inisiatif pembangunan produk yang berkonsepkan eko, agro dan alam semulajadi yang sedang dan akan dijalankan seperti yang berikut:-

    1. Projek Gombak Hulu Langat Geopark

    Projek Gombak-Hulu Langat Geopark berperanan besar dalam penjagaan dan pemuliharaan aset alam semulajadi seperti pergunungan dan hutan dan hidupan flora dan fauna. Tapak warisan geologi yang dikenali sebagai geotapak berkepentingan kebangsaan, serantau atau antarabangsa dibangunkan secara lestari bagi meningkatkan apresiasi, tahap ekonomi dan nilai budaya penduduk khususnya di Negeri Selangor, terutamanya melalui penglibatan komuniti dalam aktiviti berteraskan pelancongan.

    Gombak Hulu Langat telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan ke-7 di Malaysia dan Geopark Kebangsaan pertama Negeri Selangor. Sasaran jangka masa panjang adalah bagi mendapatkan pengiktirafan GHL Geopark di peringkat Unesco Global Geopark (UGGp) pada tahun 2027. Melalui usaha ini, projek ini akan dibangunkan melalui konsep pembangunan geopark yang lestari hijau, mesra alam dan “adaptation of design towards climate change”. Impak pengiktirafan status UNESCO Global Geopark juga akan memberikan impak ketara kepada pembangunan ekonomi, pemerkasaan komuniti, peningkatan kehadiran pelancong domestik dan luar negara, serta menarik pelabur – pelabur asing dan pakar penyelidik global ke Gombak-Hulu Langat Geopark.

    2. Penumpuan Pembangunan dan Promosi Eko dan Agro Pelancongan Di Anjung Utara Negeri Selangor

    Bagi Anjung Utara Selangor, Kerajaan Negeri memberi penumpuan kepada segmentasi Eko dan Agro Pelancongan kerana terdapat beberapa pelaksanaan projek Rancangan Selangor Pertama (RS-1) meliputi projek Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA). Bahagian utara Selangor yang terdiri daripada Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor lebih tertumpu kepada agro dan eko pelancongan serta kaya dengan nilai warisan dan budaya perlu dibangunkan bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan, kemudahan infrastruktur lebih kemas dan tersusun serta mampu setara dengan pembangunan di daerah lain.

    3. Projek Selangor Maritime Gateaway

    Salah satu elemen dalam pembangunan projek ini ialah Taman Mangrove Point di Pelabuhan Klang diyakini mampu menjadi tarikan eko pelancongan baharu. Tanah seluas 70 ekar dengan peruntukan RM10 juta ini dilengkapi tandas, surau, kawasan ‘glamping’ serta laluan pejalan kaki sepanjang 1.6 kilometer. Antara tarikan adalah kepelbagaian jenis pokok bakau serta cadangan masa depan untuk membina menara burung.

  2. Berapa jumlah peruntukan yang telah digunakan dalam usaha membangunkan sektor Eko-Pelancongan?

    Pada tahun 2023, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM1.85 juta bagi menaiktaraf produk pelancongan. Sejumlah RM100K disediakan bagi Pemasangan Papan Informasi Geo Tapak dalam Gombak- Hulu Langat Geopark manakala RM 1.45 juta zdiperuntukkan bagi menaiktaraf kemudahan awan terutamanya di kawasan rekreasi dan tandas awam di daerah -daerah yang dikenalpasti. Untuk itu, tiada peruntukan khusus bagi membangunkan sektor eko-pelancongan buat masa sekarang.

    Selain itu, kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor juga telah memperuntukkan RM4 juta bagi tujuan promosi dan acara pelancongan yang digunakan bagi mempromosikan tempat- tempat pelancongan yang mempunyai elemen eko seperti Padi Field di Sekinchan, Paya Indah Wetlands, Taman Alam, Kuala Selangor, Taman Eko Rimba Kanching, Kelip- kelip Kampung Kuantan dan lain- lain.

  3. Apakah status pembangunan Pulau Angsa dan Taman Alam Kuala Selangor sebagai hub Eko-Pelancongan dan perancangan bagi "Long-Term Sustainability"?

    Pembangunan Pulau Angsa dan Taman Alam Kuala Selangor sebagai hub Eko-Pelancongan yang mengutamakan kepada kelestarian jangka panjang akan mengetengahkan ciri-ciri seperti berikut:

    1. Pengurusan Sumber Alam Semula Jadi
    2. Pemuliharaan dan pemuliharaan sumber alam semula jadi yang terdapat dalam kawasan, seperti hutan, pantai, dan sungai.
    3. Penyelidikan saintifik dan pemantauan ekologi untuk memahami keperluan alam semula jadi dan ekosistem tempatan.

      2. Pendidikan dan Kesedaran Awam

    • Program pendidikan dan kesedaran awam tentang kelestarian alam dan ekologi kawasan, yang meliputi lawatan pendidikan, seminar, dan pameran.
    • Menggalakkan pelancong untuk memahami pentingnya pemuliharaan alam semula jadi dan amalan pelancongan yang mesra alam.
    1. Infrastruktur yang Mesra Alam:
    • Membina kemudahan dan infrastruktur pelancongan yang mesra alam, seperti laluan pejalan kaki, tempat letak kereta yang teratur, dan tandas yang bersih.
    • Memastikan perancangan pembangunan tidak merosakkan alam semula jadi dan ekosistem.
    1. Program Pemuliharaan Spesies dan Habitat:
      –  Mempromosikan pemuliharaan spesies yang  terancam dan habitat penting.
      –  Menjalankan program pembiakan semula spesies yang terancam untuk menjaga kepelbagaian biologi.

     

    1. Peraturan dan Pengawalseliaan:
      – Menetapkan peraturan dan undang-undang yang ketat berkaitan dengan aktiviti pelancongan yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar.
      – Melakukan pengawalseliaan dan penguatkuasaan peraturan tersebut.

     

    1. Pembangunan Ekonomi Setempat:
    • Mencipta peluang ekonomi tempatan, seperti penggajian dalam sektor pelancongan, penjualan produk tempatan, dan perkhidmatan berkaitan pelancongan.
    • Menyokong usahawan tempatan yang terlibat dalam pelancongan.

     

    1. Kajian Kesan Alam Sekitar:

     – Melakukan kajian kesan alam sekitar sebelum dan selepas pelaksanaan projek pelancongan untuk memahami impaknya terhadap alam sekitar dan komuniti setempat.

     

    1. Persempadanan dan Pengawasan:

      – Menetapkan had pengunjung harian untuk mengelakkan tekanan berlebihan terhadap kawasan dan alam semula jadi.
      – Membentuk pasukan pengawalan untuk memantau aktiviti pelancongan dan memastikan pematuhan kepada peraturan.

     

    1. Kerjasama dengan Komuniti Tempatan:
    • Melibatkan komuniti tempatan dalam perancangan dan pengurusan kawasan ekopelancongan.
    • Memberi peluang kepada komuniti tempatan untuk mendapat manfaat daripada industri pelancongan.

     

    1. Pembaikan Kualiti Air dan Udara:
    • Memastikan kualiti air dan udara di kawasan itu dikekalkan pada tahap yang selamat untuk alam sekitar dan kesihatan pengunjung.

Lampiran

Tiada Lampiran.