Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

48) PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pelancong yang dianggarkan akan melawat Negeri Selangor pada tahun 2008. Apakah pecahan peratusan pelancong tersebut mengikut negara?

    Setakat Ogos 2008 pecahan pelancong mengikut Negara adalah seperti berikut :
    Negara Jumlah Pelancong Peratus (%)
    Asean 740,700 42.4
    Asia Timur 585,523 33.5
    Asia Selatan 133,008 7.6
    Kepulauan 58,069 3.3
    Asia Barat/ Timur Tengah 109,757 6.3
    Eropah 75,359 4.3
    Afrika 4,166 0.2
    Amerika 26,756 1.5
    Lain-lain 15,766 0.9
    Jumlah 1,749,104

  2. Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong dari negara Eropah dan Amerika Utara?

    Kerajaan Negeri akan mengikuti beberapa pameran pelancongan yang dianjurkan oleh
    Tourism Malaysia di peringkat antarabangsa seperti World Travel Mart yang akan
    berlangsung di London. Di sini, Kerajaan Negeri akan mempromosikan destinasi
    pelancongan Negeri Selangor ke seluruh Negara.

  3. Berapakah jumlah bajet Kerajaan Negeri untuk menarik penambahan pelancong bagi tahun 2008?

    Kerajaan Negeri memohon penambahan bajet sebanyak RM 500,000.00 bagi tujuan
    menarik penambahan pelancong bagi tahun 2008.

Lampiran

Tiada Lampiran.