Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

107) PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pelancong yang disasarkan akan melawat Selangor pada tahun 2009 dan apakah pecahan peratusan bilangan pelancong tersebut mengikut negara

    Jumlah pelancong yang disasarkan akan melawat Negeri Selangor pada tahun 2009
    ialah sebanyak 5.5 juta orang. Anggaran ini berdasarkan statistik kedatangan pelancong
    tahun 2008 yang lalu dan tiada kenaikan sasaran dibuat memandangkan beberapa
    faktor masa kini seperti krisis ekonomi dan wabak penyakit selesema H1N1.
    Pecahan peratusan bilangan pelancong mengikut negara adalah seperti berikut:-
    PELANCONG LUAR NEGARA
    NEGARA BILANGAN PELANCONG PERATUS
    Asean 1,275,504 46.91%
    Asia Timur 830,553 30.55%
    Asia Selatan 187,523 6.89%
    Oceania 89,722 3.30%
    Asia Barat / Timur Tengah 138,398 5.10%
    Eropah 118,683 4.36%
    Afrika 6,067 0.22%
    Amerika 40,489 1.50%
    Lain-lain 31,903 1.17%
    JUMLAH 2,718,842 100%
    PELANCONG DOMESTIK
    NEGERI BILANGAN
    PELANCONG
    PERATUS
    Johor 508,964 15.76%
    Kedah 142,606 4.42%
    Kelantan 27,704.25 0.86%
    Melaka 73,723 2.28%
    Negeri Sembilan 77,899 2.41%
    Perlis 19,880 0.62%
    Pulau Pinang 285,131 8.83%
    Perak 224,563 6.95%
    Pahang 129,452 4.01%
    Selangor 648,975 20.09%
    Sarawak 77,628 2.40%
    Sabah 40,500 1.25%
    Terengganu 34,259 1.07%
    Wilayah Persekutuan Kuala
    Lumpur
    878,968 27.21%
    Wilayah Persekutuan Putrajaya 35,673 1.10%
    Wilayah Persekutuan Labuan 23,749 0.74%
    JUMLAH 3,229,674 100%

  2. Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong dari luar negara memandangkan berlakunya krisis ekonomi serta wabak penyakit selesema babi H1N1 secara global.

    Strategi kerajaan Negeri Selangor untuk menarik pelancong dari luar Negara ialah
    seperti berikut:-
    1) Mengadakan kerjasama dengan hotel-hotel di sekitar Selangor bagi mengadakan
    pakej-pakej yang menarik serta menawarkan harga berpatutan
    2) Mengadakan kerjasama dengan semua pengusaha homestay dengan menyediakan
    pakej-pakej khas untuk kesemua program homestay di Selangor.
    3) Mengadakan pakej yang lebih menarik bagi homestay iaitu pakej ibadat korban yang
    diadakan di homestay sekitar Selangor.
    4) Bekerjasama dengan syarikat penerbangan seperti Fireflyz dengan mengadakan
    Fam Trip ke Selangor
    5) Mengadakan Fam Trip bagi wartawan media cetak dan elektronik keseluruh
    Selangor pada 24-27 Julai dalam usaha memperkenalkan dan mempromosikan
    dengan lebih meluas terhadap produk-produk pelancongan di Selangor.
    6) Mempromosikan secara elektronik iaitu laman sesawang TSSB iaitu
    www.tourismselangor.org
    7) Menyediakan pakej-pakej yang menarik dengan turut mempromosikan taman tema
    di sekitar Selangor seperti Wet World dan Sunway Lagoon.
    8) Mempromosikan bidang pelancongan yang semakin popular iatu “Health Tourism”,
    “Education Tourism”, sukan ekstrem serta MICE.
    9) Turut diadakan ialah acara yang menjadi trademark Selangor seperti Musical
    Extravaganza dan lain-lain.
    10) Membuat pengiklanan di dalam majalah Gaya Travel dan Libur
    11) Mencetak risalah-risalah Homestay & Golf dengan maklumat terkini
    12) Menerbitkan majalah Selangor 102˚e & Breakaway

  3. Apakah sudah ada impak sehingga kini ke atas industri pelancongan Negeri Selangor akibat daripada kedua-dua gejala berkenaan.

    Mengikut statistik dari Majlis Tindakan Pelancongan Negeri jumlah kedatangan
    pelancong tidak berkurangan malah jumlah kedatangan pelancong meningkat merujuk
    kepada statistik yang diambil kira melalui penginapan pelancong di hotel-hotel.
    Walaupun pelancong dari luar negara yang menginap semakin berkurangan tetapi
    statistik jumlah pelancong tempatan makin stabil.

Lampiran

Tiada Lampiran.