Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
184) PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jumlah pelancong yang dianggarkan akan melawat Negeri Selangor pada tahun 2009
Jumlah pelancong yang disasarkan akan melawat Negeri Selangor pada tahun 2009 ialah sebanyak 5.5 juta orang. Anggaran ini berdasarkan statistik kedatangan pelancong tahun 2008 yang lalu dan tiada kenaikan sasaran dibuat memandangkan beberapa faktor masa kini seperti krisis ekonomi dan wabak penyakit selesema
-
Berapakah jumlah pelancong yang disasarkan akan melawat Selangor pada tahun 2009 dan apakah pecahan peratusan bilangan pelancong tersebut mengikut negara.
Anggaran pelancongan tahun 2009, mengikut negara adalah seperti berikut :-
PELANCONG LUAR NEGARA NEGARA BILANGAN PELANCONG PERATUS Asean 1,275,504 46.91% Asia Timur 830,553 30.55% Asia Selatan 187,523 6.89% Oceania 89,722 3.30% Asia Barat / Timur Tengah 138,398 5.10% Eropah 118,683 4.36% Afrika 6,067 0.22% Amerika 40,489 1.50% Lain-lain 31,903 1.17% JUMLAH 2,718,842 100% PELANCONG DOMESTIK NEGERI BILANGAN PELANCONG PERATUS Johor 508,964 15.76% Kedah 142,606 4.42% Kelantan 27,704.25 0.86% Melaka 73,723 2.28% Negeri Sembilan 77,899 2.41% Perlis 19,880 0.62% Pulau Pinang 285,131 8.83% Perak 224,563 6.95% Pahang 129,452 4.01% Selangor 648,975 20.09% Sarawak 77,628 2.40% Sabah 40,500 1.25% Terengganu 34,259 1.07% Wilayah Persekutuan Lumpur Kuala 878,968 27.21% Wilayah Persekutuan Putrajaya 35,673 1.10% Wilayah Persekutuan Labuan 23,749 0.74% JUMLAH 3,229,674 100% -
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong dari luar negara memandangkan berlakunya krisis ekonomi serta wabak penyakit selesema babi H1N1 secara global
Strategi kerajaan negeri Selangor untuk menarik pelancong dari luar Negara ialah seperti berikut :-
- Mengadakan kerjasama dengan hotel-hotel di sekitar Selangor bagi mengadakan pakej-pakej yang menarik serta menawarkan harga berpatutan
- Mengadakan kerjasama dengan semua pengusaha homestay dengan
- menyediakan pakej-pakej khas untuk kesemua program homestay di Selangor.
- Mengadakan pakej yang lebih menarik bagi homestay iaitu pakej ibadat korban yang diadakan di homestay sekitar Selangor.
- Bekerjasama dengan syarikat penerbangan seperti Fireflyz dengan mengadakan Fam Trip ke Selangor
- Mengadakan Fam Trip bagi wartawan media cetak dan elektronik ke seluruh Selangor pada 24-27 Julai dalam usaha memperkenalkan dan mempromosikan dengan lebih meluas terhadap produk-produk pelancongan di Selangor.
- Mempromosikan secara elektronik iatu laman sesawang TSSB iatu tourismselangor.org
- Menyediakan pakej-pakej yang menarik dengan turut mempromosikan taman tema di sekitar Selangor seperti Wet World dan Sunway Lagoon.
- Mempromosikan bidang pelancongan yang semakin popular iatu “Health Tourism”, “Education Tourism”, sukan ekstrem serta MICE.
- Turut diadakan ialah cara yang menjadi trademark Selangor seperti Musical Ekstravaganza dan lain-lain.
-
Apakah sudah ada impak sehingga kini ke atas industri pelancongan Negeri Selangor akibat daripada kedua-dua gejala berkenaan
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 22 Jun 2009 telah menolak soalan ini.