Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

230) PELANCONGAN DAN HOMESTAY

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini Garis Panduan Inap Dusun di bawah Program Pemurnian Pelancongan Negeri Selangor (P3S) yang telah diperkenalkan pada tahun 2019?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Garis Panduan Pemutihan Inap Dusun di bawah Program Pemurnian Pelancongan Negeri Selangor (P3S) yang telah diperkenalkan pada tahun 2019 sedang dalam fasa semakan semula di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat.

  2. Apakah ada tindakan yang diambil terhadap homestay yang tidak berdaftar dan senaraikan bentuk tindakan yang telah diambil / laksanakan dari tahun 2019 sehingga pertengahan tahun 2024?

    Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah melaksanakan satu task force inventori inap desa di daerah Sabak Bernam pada tahun 2022 hingga 2023. Selain itu, MDSB juga dalam proses untuk melaksanakan dan menyediakan garis panduan khusus inap desa atau homestay yang berada di atas tanah pertanian. Manakala, bagi Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), berikut merupakan status Program Pemutihan Inap Dusun yang telah dilaksanakan sehingga Mei 2024:

     

    BIL. PERKARA BILANGAN PREMIS
    1 Lulus KM / Lesen Tred Perniagaan 18
    2 Berdaftar dan dalam proses 24
     

    3

     

    Tidak Berdaftar

    6 (bukan tanah Kerajaan)
    5 (tanah Kerajaan)
    4 Tutup 8
      JUMLAH 61

     

    Selain itu, tindakan penutupan premis akan dilaksanakan kepada premis-premis Inap Dusun yang gagal mendaftar di bawah Program P3S di peringkat MPHS setelah program tersebut tamat pada bulan Julai 2024. Rayuan lanjutan tempoh pemutihan hanya akan dipertimbangkan bagi premis-premis yang telah berdaftar dan dalam proses mendapatkan kelulusan.

     

    Tindakan pemantauan akan terus dilaksanakan terhadap premis-premis Inap Dusun yang tidak beroperasi (tutup). Berikut merupakan tindakan-tindakan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan terhadap premis-premis Inap Dusun sehingga Mei 2024:

    BIL . PERKARA BILANGAN

     

     

    1 Notis Peringatan Akhir Daftar P3S

     

     

    10 premis

     

    2 Borang F : Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

     

     

    11 premis
    3 Notis Pemberitahuan Akhir Kemuka Kebenaran Merancang

     

     

    11 premis
    4 Notis Pemakluman Tempoh akhir Program P3S

     

     

    45 premis
    5 Surat makluman kepada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor bagi tindakan penguatkuasaan kepada premis-premis di atas tanah kerajaan

     

     

    5 premis
    6 Notis di bawah Akta 133

     

     

    65 notis
    7 Kompaun di bawah Akta 133

     

     

    15 kompaun

     

     

    Untuk makluman Yang Berhormat juga, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) juga telah melaksanakan beberapa pemeriksaan ke atas produk homestay yang telah dikenalpasti. Unit Pelancongan telah mengesyorkan kepada operator terbabit untuk mengemukakan permohonan lesen, pelan asas keselamatan dan kecemasan serta lain-lain yang bersesuaian untuk diambil tindakan. Sehingga kini hanya 3 homestay sahaja di Kuala Selangor yang berdaftar dengan pihak MOTAC iaitu Homestay Sungai Sireh, Homestay Sungai Sembilang dan Homestay Felda Bukit Cherakah.

     

    Buat masa ini, tiada tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap homestay yang tidak berdaftar di MPKS. Namun, pihak MPKS sedang giat melaksanakan bancian secara menyeluruh bagi mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti ini.

  3. Senaraikan hos komuniti setempat di setiap daerah bagi membangunkan produk pelancongan berasaskan pengalaman (experiential tourism) yang memberi impak kepada pelancong serta menjana ekonomi pengusaha homestay setempat?

    Hos Komuniti Selangor Setempat (HKSS) merupakan individu yang bermastautin / penduduk asal di sesebuah daerah yang memberi perkhidmatan sebagai pemandu pelancong kepada pelawat untuk merasai sendiri pengalaman ‘experiental tourism’ yang menekankan penghayatan terhadap warisan, budaya, gaya hidup dan tradisi komuniti setempat di 9 daerah di Negeri Selangor. Sehingga kini, terdapat 51 orang Hos Komuniti daripada 6 daerah iaitu Klang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Hulu Langat, Sabak Bernam dan Kuala Langat mengikut pecahan seperti berikut:

     

     

    BIL.

     

    DAERAH

     

    JUMLAH HKSS

     

     

    1 Hulu Langat 3 orang
    2 Hulu Selangor 10 orang
    3 Klang 12 orang
    4 Kuala Langat 8 orang
    5 Kuala Selangor 9 orang
    6 Sabak Bernam 9 orang
       

    JUMLAH

     

    51 orang

     

Lampiran

Tiada Lampiran.