Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

224) PELANCONGAN DAERAH GOMBAK

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan tema dan produk pelancongan di daerah Gombak?

    Tema produk pelancongan di daerah Gombak adalah Eko Pelancongan yang berasaskan alam semulajadi dan mempunyai nilai yang cukup untuk digunakan tanpa menjejaskan sumber

     

    Senarai Produk Pelancongan :

     

    • HUTLISTA
    • FRIM
    • Kolam Air Panas, Selayang
    • Taman Rimba Bukit Lagong, Selayang
    • Taman Rimba Komanwel
    • Taman Rimba Templer
    • Hutan Lipur Kanching

     

  2. Apakah strategi kerajaan negeri untuk meningkat kemudahan pelancongan dan kehadiran pelancong ke daerah ini?

    Meningkatkan kemudahan pelancongan dan kehadiran pelancong ke daerah Gombak dengan cara menaiktaraf lokasi-lokasi pelancongan baru dan sedia ada. Beberapa penyelenggaraan kemudahan diperbaiki bagi kegunaan pelancong dalam dan luar negara contohnya:

     

    1. Peningkatan kualiti penyelenggaraan dan kemudahan
    2. Peningkatan keselamatan di semua lokasi
    3. Promosi berterusan dari masa ke
    4. Papan tanda produk
    5. Menjalankan aktiviti dan acara yang bersesuaian di produk-produk pelancongan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.