Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
101) PELANCONGAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha bagi mendapatkan sumber baru ke arah pelancongan Selangor?
Pelbagai usaha yang telah dijalankan bagi mendapatkan sumber baru ke arah pelancongan Selangor. Berikut merupakan pelan strategik Pelancongan oleh Tourism Selangor dari tahun 2016-2020.
BIL. PELAN STRATEGIK PROMOSI PELANCONGAN KETERANGAN
01. Penjenamaan Kempen · “Discover Selangor, Heart of Malaysia” merupakan kempen peningkatan kesedaran dan juga permintaan di dalam pasaran utama bidang pelancongan seterusnya meletakkan aras yang jelas untuk memberikan produk pelancongan yang berkualiti serta servis yang terbaik. · Strategi pemasaran yang unik dan kreatif
· Kempen promosi yang menggalakkan pengalaman, acara, infratruktur serta pembangunan dan peningkatan jualan perniagaan pelancongan.
02. Meningkatkan permintaan (demand) daripada pasaran Negara China, India dan pasaran baru. · Menambah peningkatan jumlah pelancong dan jumlah resit pelancongan · Mempergiatkan siri promosi di bandar-bandar menengah (second-tier cities) di Negara China seperti, Guangzhou, Shenzhen, Wuhan, Kunming, Chengdu dan Dongguan. Manakala Negara India adalah seperti, Lucknow, Jaipur, Kochin dan Srinagar.
· Meningkatkan penglibatan program promosi luar negara di dalam pasaran baru.
· Menggalakkan peningkatan pakej ‘inbound’ untuk produk pelancongan Negeri Selangor.
03. Membina kapasiti digital yang kompetetif · Meningkatkan penggunaan kaedah pemasaran digital dalam program promosi dan pengiklanan · Menyampaikan peranti dan aplikasi yang memenuhi keperluan pelanggan dalam sasaran digital dan dalam talian.
04. Menggalakkan pelaburan dan perniagaan pelancongan · Meningkatkan sumbangan di dalam bidang pelancongan perniagaan / MICE. · Bekerjasama dengan pihak Invest Selangor untuk menarik pelabur dalam bidang pelancongan
· Dengan pertumbuhan ekonomi Selangor, segmen pelancongan perniagaan merupakan peluang yang besar untuk memacu pertumbuhan dalam kedua-dua lawatan pelancong antarabangsa dan domestik – untuk perniagaan (business) dan percutian (leisure)
· Strategi ini dirancang untuk menggalakkan pelancong perniagaan (business traveller) untuk,
i) Membawa Rakan
ii) Tinggal dengan lebih lama
iii) Kembali ke Selangor semula untuk bercuti
05. Acara Pelancongan · Acara pelancongan memainkan peranan yang penting dalam merancakkan aktiviti promosi pelancongan dalam dan luar negara · Acara pelancongan juga membantu di dalam kekuatan penjenamaan kempen “Discover Selangor, Heart of Malaysia”
· Mempromosikan kalendar acara pelancongan yang berlangsung di Negeri Selangor termasuk acara yang dianjurkan oleh organisasi luar yang dapat menarik para pelancong dalam dan luar negara.
06. Program Community Based Tourism (CBT) · Menggalakkan penubuhan komuniti, organisasi atau kelab pelancongan tempatan untuk mewujukan satu jawatankuasa dalam kalangan penduduk dan perniaga tempatan bagi menggerakkan aktiviti perniagaan pelancongan secara sihat. · Contoh boleh dilihat kepada Persatuan Kemajuan Pelancongan Sekinchan yang bergiat aktif dan membawa model seperti ‘Community Based Tourism’ dan ‘Think Tourism’ yang sememangnya memberikan impak yang besar dalam memacu pembangunan pelancongan setempat.
· Sebuah Program Pembangunan Pemandu Pelancong diperingkat Krajaan Negeri diperkenalkan bagi menyokong inisiatif ini.
-
Senaraikan destinasi-destinasi dan tempat-tempat menarik di Selangor dan perincikan ciri-ciri yang menarik bagi setiap destinasi tersebut.
Senarai destinasi dan tempat menarik yang utama di Negeri Selangor dihuraikan mengikut segmen pelancongan yang merupakan ciri-ciri utama untuk promosi pelancongan Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor, seperti yang berikut:-
BIL.
SEGMEN PELANCONGAN DAN CIRI-CIRI MENARIK SENARAI DESTINASI &
TEMPAT MENARIK UTAMA
01. Eko dan Alam Semulajadi i) Sky Mirror Kuala Selangor ii) Taman Alam Kuala Selangor
iii) Taman Eko Rimba Kanching
iv) FRIM (Forest Research Institute Malaysia)
v) Taman Botani Negara Shah Alam
vi) Chongkak Park & Resort
vii) Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor
viii) Hulu Langat
02. Agro Tourism & Homestay i) Sekinchan ii) Selangor Fruits Valley
iii) Homestay Sungai Sireh
iv) Homestay Banghuris
v) Homestay Sungai Haji Dorani
vi) Genting Strawberry Farm
03. Taman Tema & Hiburan i) Sunway Lagoon ii) Wet World Shah Alam
iii) Kidzania Damansara
iv) Jump Street PJ
v) District 21
vi) Bangi Wonderland
04. Warisan & i) Mah Meri Cultural Village ii) Royal Klang Heritage Walk Program
iii) Muzium Insitu Jugra
iv) Rumah Rehat Sri Berkat Hulu Selangor
v) Bukit Melawati Kuala Selangor
vi) Batu Caves
05. Pelancongan Sukan i) Moto GP Sepang Cicuit ii) Malaysia Women Marathon
iii) PJ Half Marathon
iv) Gua Damai Extreme Park
v) Pulau Indah 180
vi) Sukan paragliding di Kuala Kubu Bharu dan Bukit Jugra
06. Pelancongan MICE i) Setia City Convention Centre ii) Sunway Convention Centre
iii) Mines International Exhibition and Convention Centre
07. Pusat Membeli-Belah i) Sunway Pyramid ii) One Utama
iii) Mitsui Outlet Park KLIA
iv) The Curve
v) Empire City Damansara
vi) IOI City Mall
08. Makanan (F&B) i) Lontong Klang ii) Klang Bak Kut Teh
iii) Nasi Ambeng Kuala Selangor
iv) Satay Kajang
v) Cendol Borhan Kuala Selangor
-
Benarkah Menara Tinjau (Look Out Point) akan dibangunkan dengan Menara Kristal, siapakah yang akan menanggung kos tersebut dan apakah pulanganan balik dalam bentuk RM kepada Kerajaan Negeri? Terangkan prosedurnya
Tiada perancangan dan kelulusan di peringkat Kerajaan Negeri untuk membangunkan Menara Tinjau (Look Out Point) dengan Menara Kristal. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Hutan Negeri Selangor masih diperingkat perancangan untuk membangunkan Menara Tinjau (Look out Point) di bawah pelan tindakan pembangunan untuk menjadikan Menara Tinjau sebagai Pusat Kecemerlangan Hutan Negeri Selangor.