Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

7) PELANCONGAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah sebenar kemasukan pelancong luar negara ke Selangor tahun 2018 & 2019?

    Jumlah Kedatangan Pelancong Luar Negara ke Negeri Selangor bagi Tahun 2018 adalah sebanyak 2 juta orang pelancong.

    Untuk makluman, bagi Tahun 2019 ini Laporan Statistik kedatangan Pelancong yang telah dikeluarkan adalah bagi tempoh Januari hingga Mac 2019 (Suku Tahun Pertama) 2019 kerana Pelaporan Statistik Kedatangan Pelancong bagi tempoh April hingga Jun (Suku Tahun Kedua) 2019 masih di dalam proses pengumpulan data dan Laporan akan dikeluarkan pada bulan Ogos 2019 ini.

    Jumlah Kedatangan Pelancong Luar Negara ke Negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Mac (Suku Tahun Pertama) 2019 adalah sebanyak 795,627 orang pelancong.

  2. Apakah manfaat ekonomi yang Selangor perolehi daripada pelancong luar?

    Pada tahun 2017 Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan kutipan cukai pelancongan kepada para pelancong asing yang menginap di premis penginapan pelancongan di seluruh Negara berkuatkuasa pada 1 September 2017. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan telah menetapkan sebanyak 50% daripada hasil kutipan cukai tersebut akan dikongsikan bersama Kerajaan- Kerajaan Negeri agar ianya mampu membantu pihak Kerajaan-Kerajaan Negeri meningkatkan lagi agenda pelancongan di Negeri masing-masing.

    Bagi kutipan hasil cukai pelancongan Negeri Selangor bagi tahun 2018, jumlah kutipan cukai pelancongan adalah sebanyak RM20.6 juta dan Kerajaan Persekutuan telah membuat agihan 50% daripada kutipan cukai tersebut kepada Kerajaan Negeri Selangor pada penghujung bulan Mac 2019 yang lalu sebanyak RM10.3 juta. Untuk pengetahuan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan

    Negeri, agihan hasil cukai pelancongan tersebut merupakan yang ketiga tertinggi berbanding Negeri-Negeri lain di Malaysia.

    Manfaat ekonomi dapat dirasai secara terus kepada pengusaha-pengusaha industri pelancongan seperti penggiat industri perhotelan dan pengusaha produk-produk pelancongan namun ia turut akan dirasai secara tidak langsung kepada pengusaha industri kecil dan penduduk tempatan dimana pelancong akan turut berbelanja kepada komponen perbelanjaan lain seperti makanan, pengangkutan tempatan dan membeli belah.

  3. Berikan statistik berkaitan pelancong domestik di Selangor dan berapa jumlah nilai ekonomi pelancong domestik?

    Statistik pelancong domestik ke Negeri Selangor untuk Tahun 2018 adalah sebanyak 4,015,068 orang pelancong. Manakala Jumlah Kedatangan Pelancong ke Negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Mac (Suku Tahun Pertama) 2019 adalah sebanyak 916,199 orang

    Nilai ekonomi atau receipt pelancong domestik Negeri Selangor bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM2.39 Billion (berdasarkan purata perbelanjaan pelancong sebanyak RM595.

Lampiran

Tiada Lampiran.