Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
168) PELANCONGAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelan atau program disediakan khas daripada Tourism Selangor untuk bandar Klang pada tahun ini?
Bagi tahun 2024, pihak Tourism Selangor dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) telah merancang beberapa program bagi mempergiatkan aktiviti pelancongan di daerah Klang seperti berikut:
-
Berapakah dana daripada Tourism Selangor disediakan untuk program-program pelancongan di bandar Klang?
Pihak Tourism Selangor telah merancang untuk melaksanakan kembali program “Royal Klang Heritage Walk” yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2024 dengan menyasarkan 48 siri perjalanan serta lawatan, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM33,600.00.
-
Apakah input daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang untuk program pelancongan?
Majlis Bandaraya Diraja Klang telah merancang pelbagai program pelancongan bagi tahun 2024, antaranya adalah: