Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

98) PELANCONGAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukkan bagi program pelancongan Negeri Selangor?

    Bagi tahun 2023, Kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM 6 juta bagi sektor pelancongan yang merangkumi RM 4 juta bagi tujuan promosi dan acara pelancongan, RM 1.85 juta bagi tujuan menaiktaraf produk pelancongan dan RM 150K bagi tujuan memajukan kraftangan.

     TAHUN 2022 2023
      RM RM
    BELANJAWAN
    PROMOSI DAN ACARA PELANCONGAN 3,780,000 4,000,000
    MEMAJUKAN KRAFTANGAN 150,000 150,000
    MENAIKTARAF PRODUK PELANCONGAN 1,350,000 1,850,000
    JUMLAH BELANJAWAN (RM) 5,280,000 6,000,000
  2. Berapakah bajet bagi program pelancongan perubatan (medical tourism)?

    Berikut adalah bajet bagi program pelancongan perubatan (medical tourism)

     

    BIL.

    TAHUN

    PERUNTUKAN ( RM )

    1

    2020

    RM85,620,00

    2

    2021

    RM 55,000.00

    3

    2022

    RM 225,000.00

    4

    2023

    RM 15,630.00

  3. Apakah rancangan menarik perhatian pelancong bagi program pelancongan Negeri Selangor dan program pelancongan perubatan (medical tourism) dari pelancong Asia Tenggara terutamanya dari Indonesia?

    Tourism Selangor telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menarik perhatian pelancong dari Indonesia dan Asia Tenggara dalam bidang pelancongan perubatan. Beberapa rancangan menarik perhatian pelancong dari Indonesia dan Asia yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

     

    BIL. TAHUN PROGRAM / ACARA
    1 2020 1.    Malaysia Healthcare EXPO, Jakarta Tahun 2020

    2.    INSIGHT 2020: Webinar Intelligence Conference 2020

    3.    Malaysia Year Healthcare Travel 2020 Launching Ceremony

    4.    Webinar: Opportunities Of Healthcare Tourism For Post Covid-19

    2 2021 1.    Malaysia Healthcare EXPO, Jakarta Tahun 2021

    2.    Pakej Pelancongan Perubatan , Golf & Medical Tourism Booklet 2021

    3.    Episode 1: Reclaim Your Life With Bariatric Surgery In Selangor

    4.    insight 2021: Intelligence Conference 2021

    5.    Pembinaan Booklet Selangor Golf & Medical Tourism

    3 2022 1.    Malaysia Healthcare EXPO, Jakarta Tahun 2022

    2.    Malaysia Healthcare EXPO, Medan Tahun 2022

    3.    Pembinaan Video Korporat Medical Tourism Negeri Selangor

    4.    Penjenamaan Pelancongan Kesihatan Bersama KOL Medan sempena MHX Medan 2022

    4 2023 1.    Sesi Town Hall dan FAM Trip bersama Pemain Industri Pelancongan Kesihatan Negeri Selangor 2023

    2.    FAM Trip KOL Indonesia MHTC Video Selangor Siri

    3.    FAM Trip KOL Indonesia, Philiphine & Bangladeshdfcgbw’`

    5 2024 1.    MHX Surabaya 2024

    ·         MHX EXPO adalah pameran perubatan antarabangsa yang bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan perubatan Negeri Selangor kepada pasaran antarabangsa, termasuk Indonesia dan Asia.

    ·         Faedah yang diperoleh oleh Negeri Selangor melalui penyertaan dalam pameran ini :

    a.    mempromosikan pelbagai perkhidmatan perubatan yang terdapat di Selangor kepada pelawat dan peserta pameran dari Indonesia

    b.    Membantu meningkatkan bilangan pelancong perubatan yang datang ke Selangor dan menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan kesihatan Selangor

    c.    Menjenamakan Selangor sebagai destinasi pelancongan perubatan yang komprehensif dan berkualiti tinggi

     

    d.    Menjalinkan hubungan dan rangkaian dengan pengamal perubatan, agensi pelancongan, dan peserta lain dalam industri pelancongan perubatan

     

    Semua inisiatif ini adalah usaha untuk menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan perubatan yang menarik, terutamanya bagi pelancong dari Indonesia dan Asia Tenggara. Tourism Selangor berusaha untuk mempromosikan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan juga memastikan bahawa pelancong mendapat pengalaman pelancongan yang memuaskan semasa mereka berada di negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.