Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
74) PELANCONGAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan masa depan dan yang sedang dilakukan Kerajaan Negeri bagi tempat-tempat pelancongan seperti di Pantai Morib, Pantai Kelanang, Bukit Jugra, Paragliding, Rumah Api Bukit Jugra, Muzium Insitu, Istana Bandar?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kuala Langat ialah salah satu daerah di Negeri Selangor yang terkenal sebagai destinasi pelancongan popular yang menawarkan pelbagai produk pelancongan seperti Pantai Morib, Pantai Kelanang, Pantai Batu Laut, Pantai Cunang (diuruskan oleh Komuniti Orang Asli Mahmeri), Bukit Jugra, Paragliding serta tidak ketinggalan sebagai destinasi pelancongan warisan seperti Muzium Insitu dan Istana Bandar.
Namun apa yang paling menarik Kuala Langat turut disenaraikan di dalam peta pelancongan antarabangsa bagi sukan paragliding yang menarik ramai peserta daripada luar negara setiap kali pertandingan ini di anjurkan.
Menyedari potensi daerah ini yang mampu menggamit pelancong daripada dalam dan luar negara, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kuala Langat sebagai Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil langkah untuk membina dan menaiktaraf beberapa kemudahan bagi memberi keseronokan para pelancong. Antara komponen pembangunan dan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat bagi meningkatkan industri pelancongan di Kuala Langat adalah seperti berikut :
Dalam mempertingkatkan industri pelancongan Kerajaan Negeri juga melalui Majlis Perbandaran Kuala Langat telah merancang beberapa cadangan projek serta sokongan aktiviti bagi merancakkan industri pelancongan bagi merancakkan industri pelancongan di daerah Kuala Langat.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Tourism Selangor juga dilihat begitu aktif dalam usaha-usaha menarik lebih ramai pelancong ke Kuala Langat dengan bakal menganjurkan program “Tahun Melawat Malaysia 2025” dan menarik pelancong ke Daerah Kuala Langat. Usaha ini dilihat sebagai langkah paling utama untuk mempromosikan pelbagai produk pelancongan di Kuala Langat sekali gus meningkatkan industri pelancongan di sana. Antara program yang telah diadakan adalah Pesta Kelaut di Pantai Kelanang, FAMTrip, Explorasi Jejak Warisan di Daerah Kuala Langat, Roadshow to Japan 2.0, Siri Promosi Luar Negara Internationale Tourismus Borse Berlin (ITB) 2023, Siri Promosi Dalam Negara Matta Fair – Edisi Mac 2023, Business to Business Session bersama Tourism Malaysia – Singapore dan Jelajah Pusing Selangor bersama agensi pelancongan – Matta Kedah Chapter.