Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
168) PELANCONGAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri telah mengumumkan rangsangan sektor pelancongan berjumlah RM114.6 juta bagi tempoh 2021-2025 melalui Belanjawan Selangor 2022. Berapakah jumlah rangsangan sektor pelancongan yang telah dibelanjakan setakat tahun 2022?
-
Apakah kriteria yang melayakkan menerima rangsangan tersebut?
Bagi penerima faedah-faedah pakej ransangan pada tahun 2020 dan 2021 adalah terdiri daripada pemandu-pemandu pelancong yang berdaftar dengan Persatuan Pemandu Pelancong Selangor (Selangor Tourist Guide Association), Hos Komuniti Setempat Selangor, Persatuan Homestay Berlesen Negeri Selangor, Persatuan-persatuan Pelancongan bercawangan atau beribupejabat di negeri Selangor.
-
Nyatakan dengan terperinci bilangan penerima rangsangan tersebut.
BIL PERSATUAN/NGO BILANGAN 1. Ahli Persatuan Pemandu Pelancong Selangor 482 orang 2. Hos Komuniti Setempat Selangor 54 orang 3. Penyelaras Homestay Berlesen Negeri Selangor 16 orang 4. Persatuan-persatuan pelancongan Negeri Selangor 17 persatuan