Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

107) PELANCONGAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program dan perancangan yang telah disusun oleh Kerajaan Negeri dalam menghidupkan dan memulihkan semula sektor pelancongan dalam negeri untuk tahun 2022?

    Berikut merupakan beberapa program dan perancangan yang telah disusun oleh Kerajaan Negeri bagi menghidupkan dan memulihkan kembali sektor pelancongan dalam negeri untuk Tahun 2022:

    i. Penganjuran Kempen Promosi Pelancongan “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” yang memberi penekanan kepada pasaran domestik dengan menggunakan platform media sosial, digital dan atas talian.

    ii. Penganjuran Kempen Promosi Pelancongan “Splendid Selangor, Take Me Anywhere” bagi penekanan kepada pasaran Antarabangsa.

    iii. Aktiviti promosi pelancongan norma baharu melalui penglibatan di dalam program promosi pelancongan yang menggunakan platform digital dan atas talian seperti penganjuran program promosi E-Travel Fair

    iv. Penyertaan Program Promosi dalam negara seperti jelajah negeri (Sabah, Sarawak, Johor dan Kedah), Matta Fair, dan pameran pelancongan.

    v. Program Promosi Luar Negara seperti FITUR 2022 Madrid, Dubai Expo, WTM London 2022 dan Sales Mission di Jepun serta Taiwan.

    vi. Inisiatif digital dan atas talian seperti penganjuran Webinar bersiri, Live Streaming, di laman media sosial Tourism Selangor.

    vii. Penganjuran program VR Pelancongan (Virtual Reality) untuk produk pelancongan di 9 daerah di Negeri Selangor.

    viii. Penganjuran program Familiarization Trip (FAM Trip) yang melibatkan pihak media, agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa.

    ix. Penyediaan pakej pelancongan yang melibatkan integrasi promosi antara 9 Daerah dan 12 PBT di Negeri Selangor.

    x. Penganjuran Acara Pelancongan norma baharu yang berimpak tinggi yang menekankan SOP (Standard Operation Procedure) mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

    xi. Projek Kerjasama Pembangunan Produk Pelancongan seperti Bas Hop Off Hop On (HOHO) di Negeri Selangor, Penswastaan Taman Alam Kuala Selangor, Ampang Look Out Point, The Gaps Hulu Selangor dan Mah Meri Cultural Village.

    xii. Pengurusan Produk Pelancongan seperti Chongkak Park & Resort, Taman Eko Rimba Kanching dan Rumah Rehat Sri Berkat.

Lampiran

Tiada Lampiran.