Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
95) PELANCONGAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan pelan tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menghadapi Tahun Melawat Selangor tahun 2022.
Untuk makluman, bagi Tahun 2022, pihak Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menganjurkan kempen Tahun Melawat Selangor untuk Tahun 2022. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah dan akan melancarkan beberapa kempen promosi pelancongan mengikut sasaran pasaran seperti berikut:-
I. Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” untuk pasaran domestik (Telah dilancarkan)
II. Kempen “Splendid Selangor, Take Me Anywhere!” untuk pasaran antarabangsa (Telah dilancarkan)
III. Kempen “Go Selangor” bagi pasaran domestik dan antarabangsa yang akan bermula pada Tahun 2023.Pelan tindakan untuk Sektor Pelancongan Negeri Selangor adalah berkonsepkan “Safe & Sustainable Tourism” atau “Pelancongan Selamat dan Mampan”. Sektor Pelancongan merupakan sektor yang paling terkesan dengan impak pandemik Covid-19. Bagi memulihkan sektor dan industri ini, perancangan serta pelaksanaan pelan tindakan pemulihan adalah berkonsepkan ”Safe Travel” atau ”Safe Tourism” yang memberi penekanan kepada aspek keselamatan, transformasi digitalisasi, ’sustainable’, serta kelangsungan perniagaan dan perkhidmatan di seluruh ekosistem pelancongan di Negeri Selangor.
Berikut merupakan 5 inisiatif dalam pelan tindakan promosi dan pembangunan pelancongan untuk Tahun 2022:
1. Geran Bantuan Pemulihan kepada Penggiat Industri Pelancongan untuk Tahun 2022
2. Pemerkasaan Kempen Promosi Pelancongan Negeri Selangor (Kempen Pusing Selangor Dulu & Kempen Splendid Selangor) melalui platform digital, online dan konten kreatif
3. Penyediaan dan Pelaksanaan SOP Pelancongan “Selamat Dan Sihat” untuk Negeri Selangor
4. Penganjuran Acara Pelancongan dan Program Promosi Pelancongan seperti pameran, jelajah dan pengiklanan yang berimpak tinggi
5. Pembangunan Infrastruktur Pelancongan dan Kraftangan yang mampan -
Senaraikan projek menarik taraf infrastruktur pelancongan mengikut PBT bagi tahun 2022.
Sehingga 3 Mac 2022, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 20 permohonan daripada PBT bagi projek-projek menaiktaraf infrastruktur pelancongan di kawasan masing-masing. Implikasi kewangan bagi keseluruhan permohonan tersebut dianggarkan sebanyak RM6juta. Oleh yang demikian, permohonan tersebut masih dalam semakan dan perlu diteliti dalam menentukan keutamaannya.
Walau bagaimanapun, terdapat juga lain-lain projek naiktaraf infrastruktur pelancongan yang menggunakan peruntukan PBT masing-masing. Butiran lengkap adalah seperti di LAMPIRAN A.