Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

146) PELANCONGAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan projek naiktaraf pelancongan bagi tahun 2020 di kawasan Hulu Selangor.

    Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan telah memperuntukkan dana sebanyak RM1.5 juta bagi tujuan menaik taraf projek-projek kecik pelancongan di dalam Negeri Selangor.

    Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun ini Kerajaan Negeri memfokuskan untuk menyiapkan projek menaik taraf Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser di dalam Daerah Hulu Selangor yang sedang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf ini masih lagi berjalan dan kini berada di fasa pendawaian kabel elektrik dan urusan pemasangan perkakasan dalaman.

    Bagi lain-lain projek baru atau baik pulih. Kerajaan Negeri akan mendapatkan senarai-senarai keperluan projek baru dan baik pulih daripada pihak-pihak yang berkaitan untuk dianalisis keperluannya secara mendalam bagi memastikan projek-projek ini berimpak tinggi dan memberi pulangan yang setimpal kepada pelancongan dan rakyat Negeri Selangor secara amnya.

  2. Nyatakan prestasi terkini aktiviti eko pelancongan di seluruh Selangor dan nyatakan lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan menjadi tempat pelancongan yang baru.

    Sehingga kini, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah mengenalpasti beberapa daerah di Negeri Selangor yang kaya dengan keindahan alam semulajadi di kawasan pelancongan seperti yang berikut:-

    1. Hulu Selangor (Kuala Kubu Bharu, Sungai Chilling)
    2. Hulu Langat (Bukit Broga, Kampung Kemensah, Sungai Chongkak)
    3. Kuala Selangor (Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Sky Mirror, Taman Alam Kuala Selangor)
    4. Sabak Bernam (Sekinchan, Pusat Konservasi burung Enggang)
    5. Gombak (Sungai Chilling, FRIM, Batu Caves, Permatang Kuarza)

     

    Pihak Tourism Selangor tidak mempunyai data khusus mengenai jumlah pengunjung di kawasan pelancongan eko di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, secara keseluruhan, jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Disember 2019 telah merekodkan sebanyak 7.62 juta orang pelancong dengan 56% (4.29 juta) adalah pelancong domestik manakala 44% (3.33 juta) adalah pelancong antarabangsa. Prestasi kehadiran pelancong sepanjang tahun 2019 tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 5% berbanding tahun 2018

    Antara aktiviti di kawasan pelancongan eko yang telah dikenalpasti dan menjadi tarikan para pelancong dalam dan luar negara adalah seperti berikut:-

    1. Jungle Tracking
    2. Jungle School
    3. Mountain Bike
    4. Skytrex Adventure
    5. Glamping
    6. Mendaki bukit/gunung
    7. Berkhemah dan Bersantai
    8. Bird Watching
    9. Paragliding
    10. White Water Rafting
    11. Rope Swing

     

    Antara produk pelancongan yang baharu yang dikenalpasti berpotensi untuk diketengahkan dan dipromosikan kepada para pelancong dalam dan luar negara adalah seperti yang berikut:-

    1. Gamuda Cove (Mengambil alih Paya Indah Wetland)
    2. Muzium Cina Malaysia, Seri Kembangan
    3. Horse Riding Club, Gombak
    4. Muzium Sarang Burung Walit, Puchong
    5. Greenhouse (Ladang Buah Tin), Jeram
    6. Semenyih Art & Culture Village, Semenyih
    7. Funtopia, Subang Jaya
    8. Rumah Hutan & Rumah Sungai Bonda Rozita, Batang Kali

     

Lampiran

Tiada Lampiran.