Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

121) PELANCONGAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila huraikan jumlah pelancong tempatan dan luar yang melawat Negeri Selangor pada sepanjang tahun 2007 ?

    Jumlah pelancong tempatan dan luar yang melawat Negeri Selangor sepanjang
    tahun 2007 adalah seramai 5,315,330 merangkumi 3,060,651 bagi domestik
    dan 2,254,479 bagi antarabangsa. Ini berbeza daripada tahun sebelumnya iaitu
    seramai 4,926,907 pelancong merangkumi 2,781,260 bagi domestik dan
    2,145,647 bagi antarabangsa. Peningkatan ini berikutan promosi yang giat
    dijalankan sepanjang tahun 2007 sama ada dalam mahupun luar Negara yang
    mana tahun 2007juga merupakanTahun Melawat Malaysia.

  2. Sila huraikan statistik jumlah pelancong luar negeri yang melawat negeri Selangor pada tahun 2007 secara perbandingan dengan Negeri-Negeri lain ?

    Statistikjumlah pelancong luar negeri yang melawat negeri Selangor pada tahun
    2007 secara perbandingandengan negeri-negeri lain adalah seperti berikut :
    – – – – — — – – – —-
    BIL. NEGERI TEMPATAN LUAR JUMLAH
    NEGARA
    1 Perlis 90,972 15,166 106,138
    2 Kedah 2,648,636 1,879,809 4,528,445
    3 Penang 2,787,260 2,399,351 5,186,611
    4 Perak 1,769,095 663,859 2,432,954
    5 Selangor 3,060,651 2,254,479 5,315,330
    6 Negeri Sembilan 1,220,277 405,803 1,626,080
    7 Melaka 1,764,465 1,512,941 3,277,406
    8 Johor 2,566,144 1,206,842 3,772,986
    9 Pahang 4,461,258 2,904,680 7,365,938
    10 Terengganu 1,018,426 150,325 1,168,751
    11 Kelantan 766,326 84,611 850,937
    12 Sabah 3,506,933 2,662,056 6,168,989
    13 Sarawak 3,335,740 916,708 4,252,448
    14 W.P Kuala 7,963,280 8,632,466 16,595,746
    Lumpur
    15 Langkawi 1,812,002 1,614,424 3,426,426

  3. DUN Sekinchan terkenal dengan Jelapang Padi Negeri Selangor. Apakah Kerajaan bercadang untuk meningkat promosi bagi menarik lebih ramai anak-anak warga kota datang melawat destinasi pelancongan baru Sekinchan?

    Kerajaan Negeri memang sentiasa berusaha dan merancang untuk
    meningkatkan promosi sekali gus bagi menambah pendapatanserta kedatangan
    pelancong dan pengunjung tempatan ke negeri Selangor. Bagi meningkatkan
    promosi bagi menarik lebih ramai anak warga kota datang melawat negeri
    Selangor adalah dengan menyediakan dan menawarkan pakej pelancongan
    pelajar yang memfokuskan kepada aktiviti lawatan sambil belajar. Para pelajar
    akan didedahkan dengan pelbagai maklumat dan input yang berguna tentang
    pelancongan. Selain itu pelancongan Homestay juga dapat menjalankan aktiviti
    secara tradisional bagaimana menanam padi dan sebagainya serta para pelajar
    lanak warga kota tersebut dapat memanfaatkan perkara tersebut sekali gus
    menjadikan itu sebagai satu pengalamanyang menarik di sawah padi

Lampiran

Tiada Lampiran.