Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

174) PELANCONGAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah pelancong dalam dan dari luar negara yang telah melawat kawasan-kawasan pelancongan di Kuala Selangor pada tahun 2005, 2006 dan 2007 ?

    Majlis Daerah Kuala Selangor membuat pengiraan pelancong setakat ini hanya pada dua lokasi tarikan pelancong di Kuala Selangor iaitu di Kelip-Kelip, Kampung Kuantan dan Bukit Melawati, Kuala Selangor. Berikut adalah statistik pelancong yang telah melawat kedua-dua lokasi ini yang terdapat di Daerah Kuala Selangor.

     

  2. Apakah program-program yang sedang dirancang atau dijalankan untuk menarik lebih ramai lagi pelancong dari dalam mahupun dari luar negara ?

    Antara langkah-Iangkahyang diambil dalam menarik lebih ramai lagi pelancong dari dalam mahupun luar Negara adalah :

    i. Mengedarkan risalah pelancongan ke lokasi-Iokasiyang dikunjungi ramai pelancong seperti hotel-hotel dan pusat-pusat informasi yang disediakan oleh pihak Tourism Selangor Sdn Bhd dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor.

    ii. Mengikuti program atau aktiviti mempromosi pelancongan yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia. Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan
    Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor serta pihak UPEN Selangor.

    iii. Memberi potongan harga serta tiket percuma kepada pelancong sempena program atau aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak Majlis
    Daerah Kuala Selangor.

    iv. Memastikan kemudahan dan prasarana di tempat-tempat pelancongan berada di dalam keadaan baik dan memuaskan. Ini bagi memastikan keselesaan pelancong yang berkunjungke tempat-tempattersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.