Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
149) PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pelancong yang melawat ke Negeri Selangor mengikut negara pada tahun 2008-2009?
- Jumlah kedatangan pelancong mengikut negara bagi tahun 2008 dan 2009 :-
NEGARA 2008 JAN – OGOS 2009 ASEAN Indonesia 188,196 117,392 Brunei 4,941 3,401 Philippines 20,898 16,816 Singapore 842,826 507,331 Thailand 107,522 81,095 Vietnam 39,861 38,342 Myanmar 4,552 5,696 Laos 424 235 Cambodia 5,546 4,594 TOTAL ASEAN 1,214,766 774,902 EASTERN ASIA China 571,336 324,045 Taiwan 56,443 44,743 Hong Kong 76,439 44,093 Japan 67,460 39,030 South Korea 13,773 8,546 Other Eastern Asia Countries 5,552 1,422 TOTAL EASTERN ASIA 791,003 461,879 SOUTHERN ASIA Bangladesh 4,296 4,926 Pakistan 9,222 5,619 India 159,939 109,561 Sri Lanka 3,969 2,911 Other Southern Asia Countries 4,636 1,622 TOTAL SOUTHERN ASIA 182,062 124,639 OCEANIA Australia 79,114 52,832 New Zealand 8,500 7,027 Other Oceania Countries 349 231 TOTAL OCEANIA 87,963 60,090 WESTERN ASIA / MIDDLE EAST Saudi Arabia 53,979 9,647 Turkey 495 623 United Arab Emirates 20,586 1,797 Lebanon 595 502 Syria 1,071 492 Yemen 855 352 Kuwait 9223 1,838 Iraq 350 220 Iran 5,538 9,529 Other Western Asia Countries 39,116 20,790 TOTAL WEST ASIA / MID EAST 131,808 45,790 EUROPE Austria 1,654 1,662 Belgium 2,130 1,514 Denmark 1,904 1,213 CIS 201 92 Finland 1,130 877 France 8,279 7,048 Germany 13,265 11,987 Ireland 2,634 2,063 Italy 7,308 4,035 Luxembourg 205 286 Netherlands 19,639 16,924 Norway 2,023 1,204 Spain 2,676 1,398 Sweden 6,189 3,650 United Kingdom 37,198 26,549 Switzerland 3,911 7,322 Russia 2,130 1,641 Other Europe Countries 3,880 4,915 TOTAL EUROPE COUNTRIES 116,356 94,380 AFRICA South Africa 2,566 2,214 Mauritius 1,493 797 Other Africa Countries 1,948 1,344 TOTAL AFRICA COUNTRIES 6,007 4,355 THE AMERICAS Canada 5,951 5,162 U.S.A 31,524 20,586 Other America Countries 2,614 1,938 TOTAL AMERICA COUNTRIES 40,089 27,686 OTHERS 31,278 35,656 GRAND TOTAL FOREIGN 2,601,332 1,629,377 Jumlah keseluruhan pelancong mengikut negara bagi tahun 2008 dan Januari hingga Ogos 2009 ialah 4,230,709 orang
-
Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menarik pelancong melawat ke Negeri Selangor?
Usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik pelancong melawat ke Negeri Selangor ialah seperti berikut :-
- Mengadakan kerjasama dengan hotel-hotel di sekitar Selangor bagi mengadakan pakej-pakej yang menarik serta menawarkan harga berpatutan
- Mengadakan kerjasama dengan semua pengusaha homestay dengan menyediakan pakej-pakej khas untuk kesemua program homestay di Selangor.
- Mengadakan pakej yang lebih menarik bagi homestay iaitu pakej ibadat korban yang diadakan di homestay sekitar Selangor.
- Bekerjasama dengan syarikat penerbangan seperti Fireflyz dengan mengadakan Fam Trip ke Selangor.
- Mengadakan Fam Trip bagi wartawan media cetak dan elektronik ke seluruh Selangor pada 24-27 Julai 2009 dalam usaha memperkenalkan dan mempromosikan dengan lebih meluas terhadap produk-produk pelancongan di Selangor.
- Mempromosikan secara elektronik iaitu laman sesawang TSSB iaitu www.tourismselangor.org
- MeNyediakan pakej-pakej yang menarik dengan turut mempromosikan taman tema di sekitar Selangor seperti Wet World dan Sunway Lagoon.
- Mempromosikan bidang pelancongan yang semakin popular iatu “Health Tourism”, “Education Tourism”, sukan ekstrem serta MICE.
- Turut diadakan ialah acara yang menjadi trademark Selangor seperti Musical Extravaganza dan lain-lain.
- Membuat pengiklanan di dalam majalah Gaya Travel dan Libur.
- Mencetak risalah-risalah Homestay & Golf dengan maklumat terkini.
- Menerbitkan majalah Selangor 102˚e & Breakaway.