Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

204) PELANCONGAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah insentif daripada kerajaan dalam menggalakkan pelancongan homestay?

    1. Tiada sebarang insentif khusus diberikan kepada pelancongan berkonsepkan homestay di negeri Selangor. Namun, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa membantu dari sudut pembangunan dan promosi bagi menggalakkan lagi penyertaan masyarakat di dalam program homestay ini. Selaras dengan permintaan dan pertambahan jumlah pelancong  ke homestay-homestay di negeri ini, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan UPEN telah banyak membantu menyediakan bahan-bahan promosi seperti brosure, pengiklanan di majalah, akhbar dan media elektronik, billboard. Pada tahun  2010,  melalui program Selangor Shines Fam Tour, homestay turut menjadi sebahagian  daripada lokasi kembara selama 4 hari. Ini sebagai langkah untuk terus menjadikan homestay sebagai produk dan ikon pelancongan di negeri

    Melalui program naik taraf produk-produk pelancongan negeri Selangor, homestay tidak terkecuali terutama berkaitan aspek papan tanda yang masih memerlukan perhatian. Tumpuan adalah kepada penambahbaikan dan pemasangan papan-papan tanda yang baru bagi menggantikan papan-papan tanda sedia ada yang usang  dan  memberikan imej yang positif kepada pengunjung. Ini adalah kerana, papan tanda merupakan pandangan dan gambaran pertama kepada sesuatu produk pelancongan di mana-mana jua sekalipun.

    Tahun 2010, homestay akan dijadikan antar pusat utama menempatkan produk-produk kraf tangan terpilih di seluruh negeri Selangor. Ia dianggap sebagai strategi serampang dua mata dalam mempromosikan homestay dan kraf tangan kepada  pengunjung.  Justeru itu, adalah diharapkan ia kan mewujudkan rantaian dan jaringan kukuh antar pengusaha homestay dan kraf tangan di negeri ini. Malah dengan cara ini juga diharapkan, penyertaan dan minat masyarakat akan lebih meningkat terhadap program homestay dan Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan penyertaan baru  kerana  setakat ini terdapat 16 buah homestay (33 kampung) di negeri Selangor.

    Selain itu, Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia ke – 9 telah menyalurkan sejumlah RM249000.000.00 bagi program peningkatan kemudahan infrastruktur di beberapa buah homestay di negeri Selangor. Ini bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kepercayaan pengunjung kepada homestay di negeri ini.

  2. Berapakah jumlah perbelanjaan dalam tahun 2008 dan 2009 untuk pembangunan agro pelancongan dan apakah pencapaiannya?

    1. kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah Rm400,000.00 pada tahun 2008 dan RM 700,000.00 pada tahun 2009. Peruntukan ini digunakan bagi membangunkan homestay di kawasan pertanian seperti Sungai Haji Dorani Sabak Bernam dan Sungai Sireh, Kuala
  3. Apakah pencapaian Tourism Selangor Sdn Bhd dalam menarik pelancong ke Selangor bagi tahun 2009?

    1. Tourism Selangor Sdn Bhd telah mencapai dan mengambil beberapa langkah untuk menarik ramai lagi pelancong ke negeri Selangor adalah seperti berikut :-
      1. Dalam usaha untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor Tourism Selangor Sdn Bhd juga memenangi Anugerah Libur bagi kategori Anugerah Khas libur sebagai Agensi Promosi Pelancongan Negeri Terbaik 2009 dan sebagai agensi yang aktif menjalankan aktiviti
      2. Tourism Selangor Sdn Bhd giat menyertai promosi pelancongan dalam dan luar Negara untuk menarik pelancong ke Selangor pada tahun

     

     

    Senarai Program Promosi Pelancongan Luar Negara Yang Disertai Oleh Tourism Selangor Sdn Bhd Bagi Tahun 2009.

     

     

    Bil Program Tarikh
    1 Promosi Ke Medan 21 – 24 Jan 2009
    2 ITB Berlin, Germa 15 – 18 Mac 2009
    3 Media Fam Trip, Phuket 1 – 4 May 2009
    4 Media Fam Trip, Padang 15 – 17 May 2009
    5 Fascinating Malaysia Travel Fair (Singapura) 12 – 17 May 2009
    6 PATTA Travel Mart, China 22 – 25 Sept 2009
    7 Fascinating Malaysia Travel Fair (Singapura) 13 – 15 Nov 2009

     

     

     

    Senarai Program Promosi Pelancongan Dalam Negara Yang Disertai Oleh Tourism Selangor Sdn Bhd Bagi Tahun 2009.

     

    Bil Program Tarikh
    1 MASUM 2009 15 – 17 Jan 2009
    2 Karnival Rakyat (Stadium Bukit Malawati) 20 – 21 Mac 2009
    3 Zoom Malaysia, Pulau Pinang 27 Feb – 1 Mac 2009
    4 MATTA Fair, KL 13 – 15 Mac 2009
    5 Zoom Malaysia, Pahang 21 – 25 May 2009
    6 KTM & Anda, Pulau Pinang 29 – 31 May 2009
    7 MDTF Fair Kuala Lumpur 3 – 5 Julai 2009
    8 Program Become, Kuala Lumpur 15 – 19 Julai 2009
    9 MATTA Fair, Melaka 7 – 9 Ogos 2009
    10 MATTA Fair, Kuala Lumpur 4 – 6 Sept 2009
    11 EAES, Shah Alam 5 – 7 Nov 2009

     

     

    • Berdasarkan statistik kedatangan pelancong ke Selangor bagi tahun 2009, seramai 5,647,641 pelancong telah melawat Selangor berbanding jumlah pelancong yang disasarkan sebanyak 5 juta dengan pulangan RM3.96 billion.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.