Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

39) PELANCONGAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah jumlah pelancong domestik dan asing yang datang berkunjung ke Negeri Selangor dan senarai kawasan tumpuan pelancong yang utama ?

    1. Jumlah pelancong yang datang melawat Negeri Selangor pada tahun 2010

    dan 2011 adalah seperti berikut :-

    Kategori Pelancong 2010

    ( Januari – April )

    2011

    (Januari – April)

    Pelancong Tempatan 1,148,075 1,328,988
    Pelancong Asing 838,331 1,037,747
    JUMLAH 1,986,406 2,366,735

     Peningkatan sebanyak 16 %

    Terdapat pelbagai kawasan tumpuan pelancongan yang utama di Negeri Selangor. Khusus bagi pelancongan Negeri Selangor terdapat 10 ikon mengikut susunan daerah yang menjadi tumpuan  pelancong yang utama iaitu:

    1. Masjid Biru – Shah Alam
    2. Bukit Malawati – Kuala Selangor
    3. Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz    – Klang
    4. Sunway Lagoon – Petaling
    5. Kelip-Kelip – Kuala Selangor vi) Dong Zen Monastery – Kuala Langat
    6. Sepang Goldcoast – Kuala Langat
    7. Batu Caves  – Gombak
    8. Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) – Gombak
    9. Hutan Lipur Kanching      – Gombak
    10. i-City (ikon pelancongan baru) – Shah Alam
  2. Sila nyatakan apakah promosi yang dijalankan oleh pihak Kerajaan dalam usaha menjadikan Dun Sekinchan sebagai kawasan destinasi tumpuan pelancong yang unggul ?

    Pelbagai kaedah promosi yang telah dilaksanakan bagi tujuan mempromosikan Selangor oleh pihak Kerajaan dalam usaha menjadikan Dun Sekinchan sebagai kawasan destinasi tumpuan pelancong yang unggul di peringkat domestik dan antarabangsa.

    Antara program yang telah diikuti bagi tujuan promosi adalah seperti berikut:

    1. Memperhebatkan dan merancakkan kempen Selangor Shines terutamanya yang melibatkan pergerakan Skuad Selangor Shines.
    2. Tourism Selangor juga akan menyertai siri promosi pelancongan di luar Negara dengan memfokuskan kepada Negara-negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah.
    3. Tourism Selangor sentiasa berusaha mencari kewujudan produk dan destinasi baru yang terdapat di Negeri Selangor. Lawatan produk dilaksanakan bagi mengenalpasti kesesuaian produk dalam mengklasifikasikan produk sama ada bersesuaian untuk dipromosikan ke peringkat domestik, nasional ataupun antarabangsa.
    4. Selain itu juga, Tourism Selangor sedang membangunkan risalah pelancongan bagi setiap daerah yang terdapat di Negeri Selangor. Di mana, setiap risalah tersebut lebih fokus dalam mengenengahkan produk dan destinasi pelancongan bagi setiap daerah-daerah tersebut.
    5. Tourism Selangor senantiasa juga mengemaskini laman sesawang yang sedia ada (tourismselangor.my) dengan pelbagai informasi terbaru yang diyakini mampu menarik perhatian para pelawat laman sesawang dan seterusnya melawat produk dan destinasi pelancongan di Negeri Selangor.
    6. Skuad Selangor Shines juga bertindak melaksanakan program bersama AEON di 3 buah pusat membeli-belah AEON yang terpilih bagi mempromosikan Negeri Selangor sebagai destinasi pilihan pelancongan domestik mahupun antarabangsa iaitu;
      • AEON Jusco Bukit Indah, Johor Bahru
      • AEON jusco Mahkota Cheras, Selangor – AEON Jusco Ayer Keroh, Melaka

    v) Di samping itu juga, Skuad Selangor Shines juga mempunyai strategi dalam mempromosikan Negeri Selangor kepada pelajar-pelajar sekolah menengah sebagai sasaran jangka panjang dengan mengadakan lawatan ke 90 buah sekolah yang mempunyai Kelab Kembara atau Kelab Pelancongan di sekolah sepanjang tahun 2011 yang telahpun bermula pada 28 Februari 2011.

    vii)Bagi tahun 2011 juga, Tourism Selangor mempunyai program khas bersamapihak KTMB iaitu bagi pengguna “ETS Train” yang melibatkan laluan Seremban-KL Sentral- Ipoh. Di mana, pihak ini telah membenarkan Tourism Selangor meletakkan bahan promosi pelancongan Negeri Selangor iaitu buku panduan “Selangor Breakaway” ke dalam setiap poket kerusi penumpang “ETS Train”.

    Program promosi peringkat antarabangsa yang telah disertai dan bakal disertai sepanjang 2011:

    Bil. Program Destinasi Tarikh
    1. Asean Travel Fair Phnom             Penh, Cambodia 15 – 21 Jan 2011
    2. Fascinating Malaysia Travel Fair Selangor Singapore 21 – 23 Jan 2011
    3. Seminar & Travel Mart for Central Region Singapore 22 Mac 2011
    4. PATA Beijing China 9 – 12 Apr 2011
    5. ITHF, Jakarta Indonesia 8 – 10 Apr 2011
    6. Arabian Travel Mart UAE 2 – 5 Mei 2011
    1. Program promosi peringkat domestik sepanjang 2011:
    Bil. Program Tarikh
    1. MASUM 2011 14 – 16 Januari 2011
    2. Le Tour de Langkawi (Skuad Selangor Shines) 28 – 29 Januari 2011
    3. Sambutan 3 tahun Pentadbiran Negeri Selangor Dan Pelancaran Buku Jingga 5 – 6 Mac 2011
    4. Pesta Air, Bagan Lalang 19 – 20 Mac 2011
    5. Skuad     Selangor Shines    –      Di Peringkat

    Sekolah-Sekolah           Negeri          Selangor

    (Keseluruhan ialah 90 buah sekolah)

    Sepanjang 2011 bermula dari 28 Februari 2011
    6. Skuad Selangor Shines-Program Promosi Bersama AEON Jusco (Bukit Indah Johor,

    Mahkota Cheras, Ayer Keroh Melaka)

    Sepanjang 2011 bermula dari 15 April 2011
    7. Matta      Fair     (Johor,     Sabah,      Sarawak,

    Kelantan)

    Sepanjang 2011
    8. Misi Jualan Domestik, Sarawak 5 – 11 April 2011
    9. Selangor Heritage Photo Carnival 4 Jun 2011
    10. Sepang Super Japan GT 18 – 19 Jun 2011
    11. Karnival Kraf Negeri Selangor 25 – 26 Jun 2011
  3. Sila nyatakan apakah kaedah sebaran yang diguna pakai oleh pihak Kerajaan dan bagaimanakah tahap keberkesanan yang disasarkan?

    Kaedah sebaran yang diguna pakai oleh pihak Kerajaan adalah seperti berikut:

    1. Percetakan bahan risalah dan brosur pelancongan Negeri Selangor adalah seperti berikut:
    Bil. Jenis Bahan Promosi Bercetak
    1. CD Selangor Breakaway
    2. DVD Selangor
    3. Peta pelancongan Selangor
    4. Risalah Selangor (general)
    5. Homestay in Selangor
    6. Selangor Coffee Table
    7. Risalah Pelancongan Setiap Daerah
    1. Terbitan majalah, akhbar, laman sesawang dan media elektronik
    Bil. Jenis Bahan Promosi Bercetak
    1. Keluaran khas Selangor Vision
    2. Majalah Travel 3 Sixty˚
    3. Majalah Libur
    4. Gaya Travel Nusantara
    5. Selangor Vision
    6. Laman Web 701 Panduan
    • Billboard
    Bil. Jenis Billboard Lokasi
    1. Billboard 11” x 41” a) Kuala Lumpur
        b) Pulau Pinang
        c) Langkawi
        d) Johor
        e) Melaka
        f) Kota Kinabalu
        g)

    h)

    Sarawak
    2. Unipole 20’ x 80’ x 2 sided   Km 5.5 (NB) dari KLIA ke Plaza tol
    3. Billboard 15’ (H) x 36’ (W)   Terminal           Building             Along Main Driveway, LCCT
    4. Mini Billboard 4’ (H) x 11’ (W)   Satellite Building West Arm, KLIA
    5. Billboard 10’ x 40’ a) KLIA (selepas Plaza tol) ke Putrajaya Interchange
        b) Putrajaya Interchange ke

    KLIA berhampiran R & R

    Dengkil

    6. Mini Unipole   Subang Sky Park
    1. Familiarization Tour (Fam Tour)
    Bil. Program Tarikh
    1. Fam Tour bagi Agensi Pelancongan Singapura 28 – 31 Jan 2011
    2. Selangor Shines Fam Tour 2011 24 – 27 September 2011

    Berdasarkan tahap keberkesanan yang disasarkan, ia dapat dilihat dari jumlah kehadiran pelancong dan jumlah perbelanjaan pelancong. Butiran adalah seperti berikut:

    Tahun Jumlah Kehadiran Pelancong Jumlah      Perbelanjaan

    Pelancong

    (RM)

    2010 5,833,858 4,091,868,001.20
    2011 (Jan-Apr) 2,274,674 1,595,456,343.60
    JUMLAH 8,108,532 5,687,324,344.80

Lampiran

Tiada Lampiran.