Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
206) PELANCONGAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila bekalkan laporan terperinci sumbangan industri pelancongan kepada ekonomi Negeri Selangor seperti jumlah pendapatan, peluang pekerjaan dan lain-lain
- Jumlah kehadiran pelancong ke negeri Selangor dilihat mengalami kenaikan pada setiap tahun dan ianya secara tidak langsung telah memberikan peningkatan jumlah pendapatan kepada Negeri
Berikut adalah jumlah kehadiran pelancong ke Negeri Selangor serta jumlah pendapatan pelancongan yang diperolehi dari tahun 2006 hingga 2012.
Bil . Tahun Jumlah Pelancong Jumlah Pendapatan Pelancongan 1. 2006 4,926,907 RM 2,513,116,722.00 2. 2007 5,315,330 RM 3,728,172,462.00 3. 2008 5,677,221 RM 3,982,002,809.40 4. 2009 5,647,641 RM 3,961,255,397.40 5. 2010 5,833,858 RM 4,091,868,001.20 6. 2011 6,040,418 RM 4,236,749,185.20 7. 2012 6,366,110 RM 4,465,189,554.00 8. 2013 (September)
5,165,703 RM 3,623,224,084.20 -
Adakah pencapaian ini berbeza sebelum dan selepas 2008? Sila sokong jawapan dengan statistik perbandingan.
Jika dilihat daripada statistik di atas, kehadiran pelancong dan pada masa yang sama jumlah pendapatan pelancongan Negeri Selangor adalah meningkat setiap tahun kecuali mengalami sedikit penurunan pada 2009 berbanding 2008 iaitu sebanyak RM 20,747,412.00.