Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
161) PELANCONGAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah bilangan pelancong domestik dan luar yang datang melawat Selangor sehingga bulan Jun tahun 2013 mengikut pecahan daerah ?
Tourism Selangor telah mengumpul statistik kehadiran pelancong ke Negeri Selangor bagi tahun 2010 hingga 2012, walau bagaimanapun statistik kehadiran tersebut tidak menunjukkan kehadiran mengikut daerah-daerah dalam negeri Selangor. Statistik bagi tahun 2013 masih dalam proses pengumpulan maklumat.
Statistik tersebut hanya menunjukkan kedatangan pelancong daripada dalam dan luar negara ke negeri Selangor. Statistik kehadiran pelancong domestik dan luar negara ke negeri Selangor bagi pada tahun 2010 hingga 2012 mengikut daerah adalah seperti berikut:
2010 2011 2012 Pelancong Domestik 3,245,659 3,314,714 3,440,835 Pelancong Asing 2,588,199 2,725,704 2,850,856 Jumlah 5,833,858 6,040,418 6,291,697 Sumber : Tourism Information Center, KLIA
-
Sila senaraikan 20 destinasi pelancongan yang paling digemari oleh para pelancong dan nyatakan apakah kaedah promosi yang dilakukan oleh Tourism Selangor ?
Negeri Selangor kini boleh berbangga dengan produk dan destinasi pelancongannya kerana dengan promosi berterusan yang dilakukan oleh Negeri Selangor melalui agensi pelaksananya iaitu Tourism Selangor mula menampakkan hasil apabila produk dan destinasi pelancongan di Negeri Selangor semakin dikenali dan menjadi pilihan percutian oleh para pelancong dalam dan luar negara.
Pada awal kempen ‘Selangor Shines’ dijalankan, terdapat 10 destinasi pelancongan yang terkenal dan sering menjadi tarikan utama pelancong apabila mereka berkunjung ke Negeri Selangor. Sehingga kini jumlah destinasi tersebut semakin bertambah.
Berikut adalah 20 destinasi di Negeri Selangor yang popular dikalangan pelancong dari dalam dan luar negara:
Bil. Destinasi Pelancongan Daya Tarikan 1. Sunway Lagoon, Petaling Jaya
Taman Tema Air ‘One stop centre’ bagi hiburan, membeli-belah, hospital, pendidikan dan lain-lain
2. Batu Caves, Gombak Perayaan Thaipusam Tempat beribadat terbesar bagi masyarakat India 3. Kelip-Kelip, Kuala Selangor Menyaksikan keindahan hidupan kerdipan kelip-kelip pada waktu malam 4. Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam Kecantikan dan keunikan seni bina islam Tempat beribadat bagi umat Islam Merupakan masjid terbesar dan terunggul di Malaysia dan di Asia Tenggara
5. Sepang Gold Coast, Sepang Menawarkan pengalaman percutian yang indah dengan tinggal di chaletchalet di atas air yang menganjur ke Selat Melaka dan binaan chalet yang menyerupai pokok palma (dilihat dari udara) seperti sebuah resort yang terdapat di negara Timur Tengah. 6. Dong Zen Monastery Temple, Kuala Langat
Tempat beribadat bagi penganut agama Buddha yang setiap tahun menganjurkan pelbagai aktiviti seperti ‘Pesta Tanglung’ serta mempunyai landskap cantik dan bersih. 7. Forest Research Institute Of Malaysia ( FRIM ), Kepong Tempat beriadah serta menjadi kunjungan bagi penggemar mahupun pengkaji flora dan fauna serta mempunyai hutan hujan yang tertua di Malaysia. 8. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz , Klang Sebuah muzium yang serba indah yang memaparkan sejarah yang amat bernilai mengenai kehidupan dan pemerintahan Institusi Diraja Negeri Selangor. 9. Bukit Malawati, Kuala Selangor Sebuah kota peninggalan kerajaan Melayu Selangor yang menyimpan pelbagai cerita sejarah, misteri dan juga menempatkan makam Diraja Selangor. Juga merupakan tempat bagi mencerap anak bulan serta Rumah Api yang dibina pada 1907 dan beroperasi hingga kini bagi pengguna Selat Melaka. 10. Hutan Lipur Kanching, Rawang Merupakan tempat paling popular bagi aktiviti riadah bersama keluarga sambil mandi manda di air terjun yang airnya sejuk dan menyegarkan. 11. I-City Shah Alam, Shah Alam Menyaksikan keindahan pelbagai lampu LED yang berwarna warni serta aktiviti bermain salji di ‘snow walk’, galeri seni dan permainan taman tema air yang menyeronokkan. 12. Kidzania, Mutiara Damasara
Taman tema ‘indoor’ bagi kanak-kanak yang mempunyai pelbagai aktiviti yang mendedahkan mereka kepada kehidupan sebenar apabila mereka dewasa kelak. Hanya terdapat beberapa buah taman tema seperti ini diseluruh dunia. 13. Morib Gold Coast, Kuala Langat Sebuah resort yang mempunyai pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga serta sebuah mini taman tema air. 14. Litar Formula One, Sepang Litar Formula Satu bagi kejohanan lumba motor dan kereta formula satu peringkat antarabangsa dan antara litar yang terbaik di dunia. 15. Pusat Membeli Belah GM, Klang Pusat membeli belah barangan secara borong yang sangat terkenal. 16. Genting Strawberry Leisure Farm, Genting Highlands (Dalam sempadan Hulu
Selangor)
Kebun tanaman buah strawberi yang sangat terkenal dan turut menyajikan pelbagai makanan diperbuat daripada buah strawberi. Pengunjung boleh memetik sendiri buah tersebut. Serta terdapat juga tanaman sayur, ternakan madu lebah serta kebun cendawan. 17. Hutan Lipur Sungai Chongkak, Hulu Langat
Sebuah resort yang terletak di dalam hutan semulajadi dan mempunyai chalet untuk disewa. Boleh menjalankan aktiviti seperti hari keluarga serta program perkhemahan juga kem motivasi. Mempunyai sungai yang bersih serta sesuai untuk mandi manda dan berkelah bersama keluarga mahupun teman-teman. 18. Jalan Tengku Kelana, Klang (Little India)
Tempat yang amat popular yang menempatkan pelbagai kedai serta gerai yang menjual pelbagai keperluan bagi masyarakat India Amat sibuk menjelang perayaan Deepavali.
19. Homestay Selangor Negeri Selangor mempunyai 15 buah homestay yang berlesen yang menawarkan pengalaman suasana kehidupan kampung yang aman dan tenteram serta pelbagai aktiviti budaya dan kraftangan kampung yang cantik dan bernilai. 20. Genting Highlands (Dalam sempadan pentadbiran Hulu Selangor) Sebuah taman tema yang terletak di tanah tinggi yang terkenal diseluruh dunia dan menawarkan pelbagai aktiviti permainan serta membeli belah. -
Sila nyatakan apakah insentif dan bantuan yang akan disalurkan kepada Dun Sekinchan khususnya dalam usaha mempromosi dan menjadikan ia sebagai Destinasi Agro-Pelancongan yang unik ?
Sekinchan ialah sebuah pekan kecil di daerah Sabak Bernam yang mempunyai banyak keistimewaan dan daya tarikan tersendiri dari aspek pelancongan. Kerajaan Negeri Selangor dan Tourism Selangor telah banyak membantu terutama dari aspek promosi dan publisiti agar Sekinchan terus dikenali oleh pelancong-pelancong domestik dan antarabangsa.
Faktor-faktor yang menyebabkan para pelancong melawat Sekinchan adalah kerana keunikannya yang terletak berhampiran dengan persisiran pantai. Selain itu, Sekinchan juga dikelilingi dengan kebun buah-buahan dan tanaman-tanaman yang boleh menarik lebih ramai pelancong ke Sekinchan. Buah-buahan segar seperti mangga, ciku dan nangka yang enak dan manis serta hasil tanaman seperti jagung, keladi dan ubi kayu sentiasa boleh didapati hampir sepanjang tahun.
Sekinchan juga terkenal dengan keindahan sawah padi yang indah saujana mata memandang. Kemeriahan lebih terasa apabila tiba musim menuai dimana saat ini amat dinantikan oleh pengunjung-pengunjung untuk melihat sendiri proses menuai padi.
Selain produk pertanian, Sekinchan juga begitu sinonim dengan hasil laut yang segar dan terdapat juga industri kecil seperti pembuatan udang kering, ikan masin, keropok, kek ikan dan bebola ikan turut menjadi tarikan kedatangan pelancong.
Berdasarkan ciri-ciri keistimewaan yang terdapat di Sekinchan, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangori telah membantu dalam banyak aspek terutama dalam mempromosikan destinasi ini samada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa . Berikut adalah beberapa tindakan yang telah dilakukan oleh Tourism Selangor dalam membantu mempromosikan
Sekinchan seperti :
- Menyediakan risalah pelancongan
- Selangor Breakaway
- Risalah Pelancongan daerah Sabak Bernam
- Selangor Vision
- Membawa wartawan dan pengamal media melalui Selangor Shines Fam Tour 2010 dan 2011.
- Membawa delegasi agensi pelancongan dari Singapura melalui Fam Tour Agensi Pelancongan dari Singapura.
- Promosi melalui laman web TSSB.
- Promosi Pelancongan dalam dan luar negara
- Roadshow Selangor Shines seluruh negara
- Kembara Selangor Shines sekolah menengah dan IPTA / IPTS seluruh Selangor
- MASUM / SMIFT
- Roadshow Selangor Shines Pantai Timur 2012
- Promosi Luar Negara
Tahun 2012 Tahun 2013 (Sehingga Jun 2013) 1) AsianTravel Mart, Dubai 1) Asean Tourism Forum Laos 2) International Travel Business Asia, Singapura
2) Asian Travel Mart,Dubai 3) International Travel Expo, Vietnam
3) Roadshow India 4) Abacus Holiday Fair, Brunei 5) Voyage Expo, India 6) International Travel Fair, Taiwan 7) Selangor Meets China 8) Selangor Meets Indonesia - Tajaan penerbitan ‘ Sekinchan Tourist Book ‘ 2011 dan 2012
Sekinchan Tourist Book sangat membantu pelancong-pelancong untuk mendapatkan maklumat-maklumat pelancongan yang berada di Sekinchan.
Walaupun Sekinchan mempunyai pelbagai keistimewaan dari aspek pelancongan namun pelbagai tindakan perlu diambil bagi memastikan ianya terus dikenali. Semua penggiat industri dan penggerak utama pelancongan di Sekinchan perlu mencari inisiatif bagi memastikan Sekinchan terus dikenali disamping mewujudkan produk-produk baru pelancongan bagi memastikan kesinambungan aktiviti pelancongan di kawasan ini.
Tourism Selangor akan terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan Sekinchan sebagai destinasi pelancongan yang unik di Selangor. Antara tindakan yang akan terus dilakukan adalah seperti berikut :
- Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor akan meneruskan semua aktiviti promosi yang telah dijalankan samada di dalam mahupun pun luar negara untuk memperkenalkan semua produk pelancongan di negeri Selangor termasuklah Sekinchan. Tourism Selangor juga akan sentiasa mengkaji pasaran baru yang sesuai bagi mempromosikan Sekinchan kerana bukan semua siri promosi luar negara yang disertai sesuai untuk mempromosikan agro pelancongan yang terdapat di Sekinchan.
- Tourism Selangor melalui laman web rasmi akan sentiasa mempromosikan Sekinchan dan memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini dan tepat.
- Pada masa-masa akan datang Tourism Selangor juga akan membawa lawatan-lawatan para media mahupun lain-lain ‘fam tour’ serta agensi-agensi pelancongan dalam dan luar negara bagi mempromosikan Sekinchan secara terus kepada ‘key players’ dan agensi-agensi pelancongan.
- Tourism Selangor juga akan terus mempromosikan Sekinchan dengan menggunakan medium yang sesuai samada melalui media cetak, mahupun elektronik untuk memastikan golongan sasar dapat menerima maklumat berkaitan destinasi ini.
- Tourism Selangor juga akan membawa dan menganjurkan acara-acara yang akan menjadikan Sekinchan sebagai lokasi penganjuran mahupun persinggahan para peserta.
- Menyediakan risalah pelancongan