Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

45) PELANCONGAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah mewartakan kawasan sekitar Taman Tasik Pandan Perdana sebagai kawasan Rekreasi Awam tanpa unsur komersil?

    Majlis Perbandaran Ampang Jaya tiada maklumat berkaitan pewartaan kawasan rekreasi di Tasik Pandan Perdana.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bersedia menjadikan Bukit Saga suatu lokasi pelancongan?

    Bukit Saga adalah tempat yang strategik untuk menyaksikan panorama Bandaraya Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun sehingga kini, pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) belum mempunyai perancangan atau peruntukan bagi menjadikannya sebagai pusat atau destinasi pelancongan.

  3. Berapakah anggaran bajet 2013 diperuntukkan untuk pelancongan di DUN Teratai?

    Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya tiada peruntukan khusus untuk pelancongan. Pihak Majlis perlu mengenal pasti terlebih dahulu apakah produk pelancongan yang ingin dimajukan di kawasan DUN Teratai sebelum boleh diangkat untuk pertimbangan pihak Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.