Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
236) PELANCONGAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa ramaikah pelancong luar negara yang telah berkunjung ke negeri Selangor sepanjang tahun 2013?
Bilangan pelancong luar negara yang telah berkunjung ke Negeri Selangor sepanjang tahun 2013 adalah seramai 3,125,387 orang.
-
Di manakah destinasi yang paling diminati oleh pelancong asing yang melancong di negeri Selangor?
Destinasi yang paling diminati oleh pelancong asing yang melancong di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
BIL. DESTINASI PELANCONGAN
DAYA TARIKAN 1. I-City Shah Alam, Shah Alam Menyaksikan keindahan pelbagai lampu LED yang berwarna-warni serta aktiviti bermain salji di ‘snow walk’, galeri seni dan permainan taman tema air yang menyeronokkan. 2. Batu Caves, Gombak • Perayaan Thaipusam • Tempat beribadat terbesar bagi masyarakat India
3 Litar Formula One, Sepang Litar Formula Satu bagi kejohanan lumba motor dan kereta formula satu peringkat antarabangsa dan antara litar yang terbaik di dunia. 4. Sunway Lagoon, Petaling Jaya • Taman Tema Air • ‘One stop Centre’ bagi hiburan, membeli-belah, hospital, pendidikan dan lain-lain