Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

150) PELANCONGAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah anggaran jumlah pelancong yang dijangka diterima bersempena Tahun Melawat Selangor 2014?

    Pada tahun 2014, Kerajaan Negeri menganggarkan sejumlah 6.8 juta pelancong bakal datang ke Negeri Selangor bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Jika dibandingkan dengan tahun 2013, terdapat peningkatan jumlah pelancong sebanyak 4.62% atau 300,000 orang. Data terperinci jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor dari tahun 2011 hingga 2013 adalah seperti berikut:-

    TAHUN JUMLAH PELANCONG (ORANG)
    2011 6,040,418
    2012 6,366,110
    2013 6,701,437
  2. Berapakah pula anggaran pendapatan yang akan dijana darinya?

    Anggaran pendapatan yang akan dijana oleh Kerajaan Negeri berdasarkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 adalah seperti berikut:-

    TAHUN JUMLAH PELANCONG (ORANG) JUMLAH PENDAPATAN (RM)
    2011 6,040,418 4,236,749,185.20
    2012 6,366,110 4,465,189,554.00
    2013 6,701,437 4,700,387,911.80
    2014 6,800,000 4,769,520,000.00
  3. Apakah perancangan dari kerajaan negeri bagi mempromosi kegiatan pelancongan dan membina lebih banyak tempat pelancongan yang baru?

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor Sdn. Bhd. sememangnya mempunyai pelbagai perancangan bagi mempromosi kegiatan pelancongan di Negeri Selangor. Antara perancangan tersebut adalah seperti berikut:-

    • Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor akan meneruskan semua aktiviti promosi yang telah dijalankan sama ada di dalam mahupun luar negara untuk memperkenalkan semua produk pelancongan di Negeri Selangor.
    • Tourism Selangor melalui laman web rasmi akan sentiasa mempromosikan produk pelancongan di Negeri Selangor dan memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini dan tepat.
    • Pada masa akan datang, Tourism Selangor juga akan membawa lawatan para media mahupun lain-lain ‘fam tour’ serta agensi-agensi pelancongan dalam dan luar negara bagi mempromosikan produk pelancongan di Negeri Selangor secara terus kepada ‘key players’ dan agensi-agensi pelancongan.
    • Tourism Selangor juga akan terus mempromosikan produk pelancongan dengan menggunakan medium yang sesuai sama ada melalui media cetak, mahupun elektronik untuk memastikan golongan sasar dapat menerima maklumat berkaitan destinasi ini.
    • Tourism Selangor juga akan membawa dan menganjurkan acara-acara yang menjadikan produk pelancongan di Negeri Selangor sebagai lokasi penganjuran mahupun persinggahan para peserta.

Lampiran

Tiada Lampiran.