Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
38) PELANCONGAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan bagaimanakah sektor pelancongan boleh menambah pendapatan negeri.
Secara umumnya pelancongan merujuk kepada pelancongan libur dan pelancongan perniagaan, membawa kesan secara langsung terhadap hasil pendapatan negeri melalui kutipan premium tanah, cukai tanah dan pintu ke atas pertumbuhan sihat pembangunan industri pelancongan. Pada masa yang sama, aktiviti pelancongan juga telah memberi manfaat kepada subsektor penginapan, membeli-belah, perubatan dan kesihatan, produk pelancongan (iaitu eko-pelancongan, pelancongan kapal persiaran dan aktiviti lain yang berkaitan), makanan dan minuman serta pengangkutan dalam negeri (inbound) dan pengangkutan domestik secara tidak langsung. Peningkatan penawaran peluang pekerjaan melalui pertumbuhan pesat industri pelancongan juga memberi impak kepada pendapatan negeri secara
Peningkatan kedatangan pelancong ini secara langsung telah meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan dan barangan berkaitan pelancongan.
-
Nyatakan kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.
Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang amat bertuah kerana kedudukan dan lokasinya mengelilingi Kuala Lumpur dan Putrajaya serta mempunyai jaringan lebuh raya dan perkhidmatan pengangkutan yang termoden di Malaysia. Pada masa yang sama, Negeri Selangor sebagai negeri yang termaju di Malaysia juga mempunyai keindahan alam semula jadi yang menjadi tarikan pelancong di samping produk-produk pelancongan moden dan baru yang boleh diketengahkan. Tourism Selangor selaku badan promosi rasmi negeri dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Selangor, di dalam Penyediaan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035, telah mengenal pasti beberapa zon produk pelancongan di Negeri Selangor yang mempunyai banyak
kawasan yang berpotensi menjadi kawasan pelancongan adalah seperti berikut
:
- Zon Pelancongan Semula jadi – daerah yang telah dikenal pasti ialah :
- Kuala Selangor
- Sabak Bernam
- Hulu Selangor
- Sepang
- Zon Pelancongan Sukan , membeli Belah dan M.I.C.E. – daerah yang telah dikenal pasti ialah :
- Petaling
- Zon Pelancongan Warisan – daerah yang telah dikenal pasti ialah:
- Klang
- Kuala Langat
Berikut pula adalah antara produk pelancongan yang boleh diberi perhatian dan berpotensi untuk dibangunkan. Rujuk Lampiran A.
- Zon Pelancongan Semula jadi – daerah yang telah dikenal pasti ialah :
-
Kerjasama pihak swasta dan kerajaan dalam kempen menarik pelancong ke Selangor, nyatakan jumlah peningkatan atas usaha ini.
Dalam usaha Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kempen dan program promosi untuk menarik pelancong ke negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan telah banyak mengadakan kerjasama bersama pihak luar, bukan sahaja daripada pihak swasta bahkan juga dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berminat untuk bersama-sama meningkatkan industri pelancongan
Peningkatan terhadap kesan kerjasama pihak swasta dan Kerajaan dalam kempen menarik pelancong ke Selangor ini dapat dilihat melalui statistik kedatangan pelancong ke Negeri Selangor.
Sehingga bulan Julai 2015, Jumlah kedatangan pelancong yang datang ke Negeri Selangor adalah seramai 5,280,646 orang iaitu, terdiri daripada 2,991,564 orang pelancong domestik dan 2,289,982 orang pelancong luar negara. Berbanding dengan tahun yang sebelumnya iaitu Julai 2014, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 8.3%. Jumlah kedatangan pelancong pada Julai 2014 seramai 4,843,911 orang.
Kerjasama daripada pihak swasta dan kerajaan ini amatlah diperlukan bagi menggalakkan industri pelancongan di Negeri Selangor. Tourism Selangor selaku badan promosi rasmi negeri, sememangnya berkolaborasi dengan beberapa buah badan dan organisasi swasta untuk mempromosikan industri pelancongan di Negeri Selangor. Antara usaha sama yang telah dijalankan serta berterusan adalah seperti berikut:-
- Kempen promosi Tahun Melawat Selangor
Kerajaan Negeri Selangor telah memilih tahun 2015 sebagai Tahun Melawat Selangor dan program ini merancakkan lagi industri pelancongan di Negeri Selangor dan dapat meningkatkan lagi pendapatan kepada semua pemain industri sekali gus meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke Negeri Selangor. Melalui kempen ini, Kerajaan Negeri juga mendapat sokongan pelbagai pihak termasuklah pihak swasta khususnya dalam bidang pelancongan dalam sama-sama mempromosikan kempen Tahun Melawat Selangor 2015. Antaranya penggunaan logo Tahun Melawat Selangor di dalam poster pakej pelancongan, penyediaan pakej pelancongan, promosi melalui laman web rasmi syarikat swasta, media sosial syarikat swasta dan penganjuran acara pelancongan yang dianjurkan bersama syarikat swasta.
- Kerjasama dan sokongan melalui acara pelancongan Negeri
Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor menganjurkan pelbagai acara pelancongan yang juga mendapat sokongan dan tajaan bersama syarikat swasta. Juga beberapa acara yang dianjurkan oleh pihak swasta yang mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri. Antara acara yang telah dianjurkan adalah seperti yang berikut:
- Sambutan dan Pelancaran TMS 2015
- Malaysian Women Marathon 2015
- Selangor Chocolate Fair 2015
- Wings Of Kuala Kubu Bharu
- Selangor Food Fest 2015
- Selangor Islamic Festival 2015
- Festival Orang Asal 2015
- Bon Odori 2015
- Selangor Golf Master 2015
- Kejohanan Antarabangsa Paragliding 2015
- Kuala Lumpur Photography Festival 2015
- Raja Muda Regatta 2015
- Siri Promosi
Tourism Selangor bersama-sama dengan pihak swasta juga telah turut mempergiatkan siri promosi dan pihak swasta selaku pemain industri pelancongan juga menyediakan pakej-pakej pelancongan bagi menarik pelancong datang ke Negeri Selangor. Usaha ini akan diteruskan bagi tahun yang akan datang. Antara siri promosi yang telah disertai oleh Tourism Selangor bersama pihak swasta ialah:
- Asean Tourism Forum 2015, Myanmar
- PATA Travel Mart India 2015, India
- ITB Berlin 2015, German
- ATM Dubai 2015, A.E
- KOFTA 2015, Korea
- Selangor Table Top, Batam Indonesia 2015, Indonesia
- Guangzhou International Travel Fair 2015, China
- Malaysia Truly Asia Fair 2015, Singapore
Selain promosi di peringkat antarabangsa, Tourism Selangor turut memperkemaskan siri promosi dalam negeri (domestik) bersama dengan pihak swasta antaranya :
- MATTA Fair 2015, PWTC
- Johor Travel Fair 2015, Johor Bahru
- Program CSR dan juga Kajian Pembangunan di Pusat Pelancongan Negeri Selangor
Selain itu juga, Tourism Selangor turut giat menjalankan program Tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang merupakan salah satu usaha kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi. Dengan adanya program ini, kolaborasi antara pihak kerajaan melalui Tourism Selangor dan juga swasta dapat membantu meningkatkan pembangunan dan juga promosi kepada sesuatu tempat pelancongan. Antara usaha sama yang telah dan giat dijalankan adalah seperti yang berikut:-
Program CSR TNB di Kompeks Kelip-Kelip Kampung Kuantan Negeri Selangor. Program ini merupakan usaha TNB dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dalam mengekalkan ekosistem habitat kelip-kelip ini daripada mengalami ancaman kepupusan, di samping menaik taraf infrastruktur, promosi dan penyelidikan pusat tersebut dan merupakan sebahagian daripada projek komuniti dan tanggungjawab sosial korporat (CSR)
Program CSR di Hutan Rekreasi dan Air Terjun di negeri Selangor. Pelbagai usaha dan program khas yang dianjurkan oleh pihak swasta dengan tujuan untuk mempromosikan dan juga menganjurkan program CSR dalam memberi sumbangan kebajikan di kawasan pelancongan. Antara program yang dijalankan adalah seperti di Sungai Chongkak Park and Resort dan juga di Hutan Lipur Antara pengisian yang
dijalankan ialah Hike Up and Clean, Projek Tanaman Pokok, dan Mengutip Sampah di Hutan Rekreasi.
LAMPIRAN A
Bil
Jenis Pelancongan Agensi Pelaksana Lokasi
1
Pelancongan Eko (Eco Tourism)
MPSJ
a) Projek Green Tourism, Bandar Bukit Puchong, MPSJ b) Bandar Hijau Dan MPSJ Green City 2030 Wishlist, MPSJ MBSA
a) Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14 b) Taman Hutan Lipur SUK, Seksyen 5 MPAJ
a) Pembangunan Pelancongan Bukit Saga, Ampang b) Cadangan Pembangunan Pelancongan Bukit Ampang-Hulu Langat, Ampang c) Pembangunan Bukit Kembara, Ampang (Projek Pelancongan Baru) d) Pembangunan Pelancongan Bukit Tabur, Hulu Kelang. MPSepang
a) Pantai Bagan Lalang b) Tasik Idaman c) Taman Tasik Cyberjaya d) Farm In The City 2
Pelancongan Agro (Agro Tourism)
MBSA a) Taman Botani Negara Shah Alam, Seksyen 8 MPAJ
a) Pembangunan Taman Botani, Ampang (Projek Pelancongan Baru) b) Pembangunan Dusun Bandar, Ampang (Projek Pelancongan Baru) MPSepang Agrotek Sepang MDKS Kuala Selangor Rabbit Farm 3 Pelancongan Inap Desa (Homestay) MPSepang Homestay Banghuris 4
Pelancongan Sukan (Sport)
MBSA
a) Denai Alam Recreation dan Riding Club (DARC), Seksyen U16 b) Shah Alam Extreme Park, Seksyen 13 c) Bukit Ramlee, Shah Alam MBPJ Jump Street, Petaling Jaya MPSepang
a) Litar Antarabangsa F1 b) Bukit Unggul Golf c) District 21, Sepang d) IOI Palm Garden Golf Club 5 Pelancongan Kesihatan (Medical) 6
Pelancongan Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE
–Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions)
MBSA Ideal Convention Center (IDCC), Seksyen 15 MPSepang
a) Cyberjaya b) KLIA & KLIA2 c) Bagan Lalang 7
Pelancongan membeli belah (Shopping and Dining)
MPSJ Projek Japan Street, Jalan SS15/5A, Subang Jaya, MPSJ MPKlang GM Wholesale City, Bukit Tinggi, Klang MBSA
a) Pusat Membeli Belah SACC Mall, Seksyen 14 b) Pusat Membeli Belah Setia City Mall, Persiaran Setia Dagang c) Kompleks PKNS Shah Alam, Seksyen 14 d) Plaza Alam Sentral, Seksyen 14 e) Plaza Shah Alam, Seksyen 9 f) Pusat Membeli Belah Ole Ole, Seksyen 18 MPSJ
a) One City, USJ b) Setia Walk, Puchong MPSepang
a) D’Pulze Shopping Centre b) Shaftbury Square c) IOI City Mall d) Mitsui Outlet Park e) Downtown Puchong 8
Pelancongan Taman Tema (Theme Park)
MBSA
a) i-City, Seksyen 7 b) Taman Tema Wet World, Seksyen 14 9
Pelancongan Warisan dan Budaya (Heritage)
MPSJ a) Perkampungan Orang Asli Sg Rasau Hilir Puchong, MPSJ MPKlang a) Klang Heritage Walk, MPKlang (18 lokasi bangunan bersejarah) MBSA
a) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14 b) Kompleks Taman Seni Islam, Seksyen 10 c) Sri Mahamariamman Midlands Temple, Seksyen 7 d) Muzium Sultan Alam Shah, Seksyen 14 MPSepang a) Muzium Automobil Nasional, Sepang International Circuit MDSB
a) Rumah Amma, Sekinchan b) Sekinchan Classic Car, Sekinchan 10
Pelancongan Pendidikan (Education)
MBSA
a) Laman Seni 2, Seksyen 2 dan Laman Seni 7, Seksyen 7 b) Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Seksyen 13 c) Galeri Seni Shah Alam, Seksyen 14 MPSepang
a) Universiti Multimedia b) Universiti Lim Kok Wing