Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
231) PELANCONGAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan syarikat swasta yang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam memajukan industri pelancongan
Antara syarikat dan organisasi swasta yang bekerjasama dengan kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor bagi memajukan industri pelancongan adalah seperti berikut:
- Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA)
- Persatuan Pemandu-Pemandu Pelancong Bumiputra Malaysia
- Malaysia Budget Hotel Association (MyBHA)
- Malaysian Association Of Hotels (MAH)
- Malaysia Airlines, Pilots’ Association (MAPA)
- Pacific Asia Travel Association (PATA)
- Persatuan Pengusaha-Pengusaha Teksi, Bumiputra Malaysia.
- Selangor Tourist Guide Association (STGA)
- Kuala Lumpur Tourist Guide Association (KLTGA)
- Malaysia Inbound Tourism Association (MITA)
- Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM)
- Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA)
- Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO)
- com
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- AEON CO. (M) BHD
- Malaysia Shopping Malls Association (PPK)
- Malaysian Handicraft Development Corporation
- Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MYCEB)
- Association of Private Hospitals of Malaysia (APHM)
- Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)
- Malaysia Shipowners’ Association
- ASEAN Tourism Association (ASEANTA)
- Asia Pacific Tourism Association (APTA)
Association of Tourism Training Institute of Malaysia (ATTIM)
-
Apakah jenis kempen-kempen yang dijalankan dan berapa jumlah peningkatan hasil dari kempen-kempen tersebut?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor telah merangka dan menjalankan kempen promosi bagi mempromosikan pelancongan di Negeri Selangor ke pentas global. Melalui kempen yang telah dijalankan, ianya membuahkan hasil dari segi kedatangan pelancong dalam dan luar negara serta jumlah peningkatan resit pelancongan di Negeri Selangor. Pendapatan ini diterima secara langsung oleh penggiat-penggiat industri seperti pihak hotel, agensi pelancongan dan operator produk pelancongan. Secara tidak langsung, ekonomi Kerajaan Negeri turut meningkat dan memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Bil. Perkara / Kempen
Jumlah Kedatangan Pelancong & Resit Pelancongan Peratus peningkatan hasil (Pendapatan) 01.
Tahun: 2009 – 2014
Kempen: Kempen Selangor Shines.
Kempen Selangor Shines berserta tema “Selangor has More” ini dianjurkan bagi mempromosi 10 segmen pelancongan yang menjadi ikon kepada pelancongan negeri Selangor.
Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah Program Kembara Sekolah, FAM Trip, Promosi dalam dan luar negara, dan acara pelancongan seperti Malaysia Women Marathon.
a) Kedatangan Pelancong Dalam dan Luar Negara:
2010: 5.83 juta orang
2014: 6.07 juta orang
b) Resit pelancongan:
2010: 4.09 bilion
2014: 4.9 bilion
19.80%
02.
Tahun: Sepanjang 2015
Kempen: Tahun Melawat Selangor 2015 (TMS 2015/ VSY 2015)
Program promosi pelancongan dalam tempoh setahun untuk mempergiat dan memperbanyakkan aktiviti promosi pelancongan untuk meningkatkan kedatangan pelancong dan menggalakkan aktiviti di dalam industri pelancongan negeri seterusnya diangkat ke pentas global. Ianya disambut dengan meriah dengan mengadakan sesi pelancaran TMS 2015,pada awal tahun 2015.
Tema “Discover Selangor” telah dipilih kerana Tahun Melawat Selangor 2015 adalah masa yang tepat bagi pelancong untuk meneroka dan mengalami produk pelancongan melalui tiga aspek utama pelancongan negeri itu yang telah dikenal pasti termasuk Alam Semulajadi, Pelancongan Sukan, dan Warisan (Heritage).
Pelbagai acara pelancongan baru diperkenalkan seperti Selangor Candy & Chocolate Festival, Festival Orang Asal dan Selangor Islamic Festival.
Selain itu Tourism Selangor juga memperbanyakkan program promosi seperti Table Top Session di Batam Indonesia, ITB Berlin di Jerman dan KOFTA di Korea.
a) Kedatangan Pelancong Dalam dan Luar Negara:
2014: 6.07 juta orang
2015: 7.01juta orang
b) Resit pelancongan:
2014: RM 4.2 bilion
2015: RM 4.9 bilion
15.49%
-
Berapakah modal yang telah dikeluarkan dan pulangan balik kepada Kerajaan Negeri dari tahun 2008?
Data bagi modal atau peruntukan promosi pelancongan untuk Tourism Selangor bagi tahun 2010 – 2015, serta jumlah resit pelancongan (Pendapatan) Negeri Selangor 2010 – 2015 adalah seperti yang berikut.
Bil. Tahun Jumlah Peruntukan Promosi Pelancongan (RM)
Jumlah Resit (Pendapatan) Pelancongan (RM)
01 2010 6,023,905.70 4,091,868,001.20 02 2011 6,791,043.84 4,236,749,185.20 03 2012 4,710,880.00 4,465,189,554.00 04 2013 5,599,246.19 4,700,380,897.80 05 2014 1,731,562.00 4,259,487,871.80 06 2015 4,724,201.17 4,920,259,978.20 Pendapatan ini diterima secara langsung oleh penggiat-penggiat industri seperti pihak hotel, agensi pelancongan dan operator produk pelancongan. Secara tidak langsung, ekonomi Kerajaan Negeri turut meningkat dan memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.