Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

10) PELANCONGAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kawasan Bukit Jugra dan Kampung Bandar terdapat banyak produk pelancongan. Seperti Muzium Insitu Jugra,rumah api Jugra,Istana Lama Alaedin dan tapak sukan para gliding di Bukit Jugra.

    b) Untuk meningkatkan kemudahan di kawasan pelancongan khususnya di kawasan Bukit Jugra dan Kampung Bandar seterusnya di Daerah Kuala Langat, pelbagai usaha menaiktaraf pembangunan telah dirancang dan dijalankan. Program pembangunan dan projek konservasi kini sedang giat dijalankan oleh pihak Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT) di produk pelancongan warisan sekitar Bukit Jugra dan Kampung Bandar. Projek Konservasi yang sedang dijalankan mengikut fasa pemulihan adalah seperti yang berikut:-

  2. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan produk-produk pelancongan tersebut?

     

     

    Bil Projek Pembangunan/ Konservasi Catatan Jumlah Peruntukan (RM)
    01 Konservasi bangunan Istana Bandar Menjalankan rawatan penggaraman bagi mengurangkan kelembapan pada

    dinding bangunan

    400,000.00
    02 Konservasi kenderaan polis GMC di Muzium

    InSitu Jugra.

    Menjalankan kerja pemuliharaan 50,000.00
    03 Konservasi Bangunan Istana Bandar Melaksanakan kerja-kerja pembaikpulihan( repair and rehabilitation) dan pemeliharaan

    (preservation)

    160,000.00
    04 Konservasi Tapak Perigi Jugra Melaksanakan kerja restoration, repair and rehabilitation, dan pembinaan semula (reconstruction)serta pemeliharaan (preservation) bagi

    tindakan lanjutan

    100,000.00

     

    05 Stor peluru, Jugra dan

    tiang bangunan Muzium Insitu Jugra

    Rawatan penggaraman dan kapilari air dengan kaedah

    Cocoon

    70,000.00
        JUMLAH: 780,000.00

     

    Kawasan dan tempat pelancongan sekitar Bukit Jugra dan Kampung Bandar juga diberi penekanan yang serius untuk membangunkan kawasan pelancongan di Daerah Kuala Langat khususnya. Antara program pembangunan yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri tentang perkara ini adalah seperti yang berikut:

     

    Bil Projek

    Kemudahan/Pembangunan

    Kawasan Jumlah

    Peruntukan(RM)

    01 Pemasangan Kemudahan Permainan kanak-kanak Pantai Batu Laut,

    Tanjung Sepat Kuala Langat

    20,000.00
    02 Laluan Pejalan Kaki Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat

    Kuala Langat

    19,534.00
    03 Pemasangan Papan Tanda dan kerja-Kerja Berkaitan Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat Kuala Langat 9,980.00
    04 Pemasangan Lampu Awam di

    pantai Morib (belakang padang golf Sri Morib)

    Pantai Morib 218,870.00
    05 Pemasangan Lampu Hiasan dan lampu Kawasan Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat

    Kuala Langat

    52,666.80
    06 Menaiktaraf Kemudahan Infrastruktur Awam dan kerja-kerja berkaitan Pantai Kelanang 76,484.00
        JUMLAH: 397,534.80

     

    Acara promosi dan pemasaran amat penting bagi mempromosikan kawasan Jugra dan Kampung Bandar sebagai salah satu destinasi pelancongan yang utama di Negeri Selangor. Antara usaha yang telah dan bakal dijalankan adalah seperti berikut:-

     

    1. Kejohanan Paragliding Peringkat Antarabangsa 2015 & 2016
    2. Himpunan Motor Klasik se-Malaysia 2015
    3. Morib International Triathlon 2015
    4. Kembara Muzium PADAT 2015
    5. Bengkel Konservasi Bangunan Warisan Selangor 2015
    6. Discover Selangor Photo Hunt, Tourism Selangor 2015
    7. MDKL Eco Challange 2016
    8. Retromania Grand Gathering 2016
    9. Bukit Jugra Trail 2016

Lampiran

Tiada Lampiran.