Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
413) PELANCONG PERUBATAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program-program untuk menarik pelancong perubatan ke Negeri Selangor?
Pihak Tourism Selangor telah menyediakan dan berkolaborasi bersama pemain industri bagi pelancongan kesihatan sepanjang tahun 2020 – 2024. Berikut adalah program-program untuk menarik pelancong perubatan ke Negeri Selangor pada 2020 hingga 2024:
Tahun 2020
- Penyertaan siri promosi pelancongan : MHX EXPO Jakarta 2020
- Lawatan Kerja Domestik ke Penang Global Tourism
- Webinar Healthcare Tourism For Post Covid 19
- Webinar Insight 2020 bersama pihak Malaysia Healthcare Travel Council
- Taklimat Bersepadu covid19 bagi segmen pelancongan kesihatan Negeri Selangor 2020
Tahun 2021
- Kempen Focus Tourism Live Talk sempena penubuhan Tourism Selangor 20 Tahun pada tahun 2021
Tahun 2022
- Penyertaan siri promosi pelancongan : MHX Expo Jakarta 2022
- Penyertaan siri promosi pelancongan : MHX Expo Medan 2022
Tahun 2023
- Key Oppion Leader siri video bersama MHTC pada tahun 2023
- Sesi Product Update & Fam Trip Pelancongan Kesihatan 2023
- Medical Tourism Media (Indonesia ,Filipina & Bangladesh) Fam Trip 2023
Tahun 2024
- MHX Expo Surabaya, Selangor week 2024
-
Berapakah jumlah dana disumbangkan oleh sektor pelancong perubatan kepada ekonomi Negeri Selangor?
Jumlah dana yang disumbangkan dapat dilihat melalui resit perbelanjaan pelancong kesihatan ke Negeri Selangor sepanjang Tahun 2023 seperti yang berikut:-
-
Hospital-hospital yang paling aktif untuk program pelancong perubatan di Negeri Selangor?
Negeri Selangor mempunyai 46 buah hospital swasta dan pusat rawatan kesihatan bertaraf antarabangsa yang berdaftar di Selangor di bawah seliaan pihak Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). Berikut adalah senarai hospital yang aktif didalam Negeri Selangor bagi segmen pelancongan kesihatan adala seperti berikut :-
- Avisena Healthcare
- KPJ Healthcare Berhad
- Golden Horses Of Golden Palace
- ReGen Rehab Hospital
- MSU Medical Centre
- Subang Jaya Medical Centre
- TopVision Eye Specialist Centre
- Alpha IVF & Women’s Specialists
- Kajang Plaza Medical Centre
- Sunway Medical Centre