Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
124) PELAN UNTUK PEMILIK KANDANG LEMBU/KAMBING
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pelan bagi pemilik kandang lembu/kambing yang masih belum mempunyai tanah dan masih menggunakan tanah rizab atau tanah kerajaan tanpa kebenaran?
Sekiranya kandang lembu/kambing terletak di atas/ menggunakan tanah rizab/ kerajaan, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam akan bekerjasama dengan pihak Pejabat Tanah dan Daerah, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau lain-lain agensi berkaitan untuk tindakan penguatkuasaan.
-
Berapakah lot kosong yang masih ada?
Pihak Majlis tidak mempunyai data tentang lot kosong kandang lembu/kambing
-
Apakah solusi yang diberikan kepada pemilik kandang di Bukit Kemuning?
Pemeliharaan ternakan secara berkandang yang melibatkan Jalan Bukit Kemuning Seksyen 35 pernah dikesan di Jalan Batu Bata iaitu atas tanah rezab JPS Selangor. Kandang tersebut telahpun diambil tindakan perobohan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Klang secara bersama dengan LUAS dan pihak Majlis pada 13.6.2024 lalu, manakala ternakan telah pun disita.
Walau bagaimanapun, ternakan telah diserahkan semula kepada pemilik setelah tuntutan berbayar dibuat kepada Majlis, dan setelah pihak pemilik tersebut dengan sendirinya memberikan penyelesaian iaitu akan memindahkan ternakan ke lokasi lain secara serta merta selepas ternakan dipulangkan. Sehingga kini, tiada lagi struktur kandang di lokasi dan tiada solusi terkini diperlukan buat masa ini. Manakala satu lagi penempatan ternakan tanpa kandang turut dikesan berhampiran Jalan Bukit Kemuning iaitu di Persiaran Kemuning Prima, Seksyen 32, Shah Alam melibatkan kes ternakan merayau ke kawasan awam. Kes ini telah diambil tindakan apabila pihak Majlis menyita 2 daripada 5 ekor lembu yang ditemui sedang merayau pada 16.1.2024. Lembu telah dituntut semula oleh pihak pemilik yang pada masa itu diberikan amaran untuk tidak lagi melepaskan lembu ke kawasan awam termasuk jalan persiaran sebagai solusi sementara kepadanya. Sehingga kini tiada lagi kes lembu berkeliaran diadukan berlaku di Persiaran Kemuning Prima, manakala jabatan masih memantau situasi dari masa ke semasa bagi solusi seterusnya termasuk perancangan pemindahan ternakan ke lokasi lain.