Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

87) PELAN TINDAKAN WANITA DAN KELUARGA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Pelan Tindakan Wanita dan Keluarga akan dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Pada masa ini, Pelan Tindakan Wanita dan Keluarga telah siap dirangka. Pelan ini akan
    meliputi semua aspek yang berkaitan dengan wanita dan keluarga seperti hal kebajikan
    yang berkaitan dengan suri rumah, wanita usia emas, wanita bekerjaya, usahawanita,
    ibu tunggal dan golongan remaja. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui
    Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita akan mengadakan bengkel untuk mendapatkan
    maklumat tambahan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), agensi-agensi
    berkaitan serta golongan professional untuk memberi penambahbaikan terhadap Pelan
    Tindakan Wanita ini dan dijangka akan siap pada bulan Disember 2008.

  2. Berapakah anggaran peruntukan yang akan diberikan kepada usaha-usaha pembangunan wanita dan keluarga dalam Belanjawan Selangor yang akan datang?

    Pada tahun 2009 dianggarkan sebanyak RM100,000.00 diperuntukkan di bawah
    Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dalam usaha untuk memperkasakan golongan
    wanita Negeri Selangor. Di samping itu, sebanyak RM500,000.00 dijangka akan
    diperuntukkan dalam bajet pembangunan yang akan digunakan bagi tujuan programprogram yang akan memberi banyak faedah dan manfaat kepada golongan wanita
    tanpa mengira usia mahupun status wanita itu sendiri. Selain itu, dijangka
    RM200,000.00 dari Jawatankuasa Tetap Usahawan akan diperuntukkan khusus untuk
    program usahawan ibu tunggal di mana golongan ibu tunggal yang berminat dalam
    bidang keusahawanan akan dibantu oleh Kerajaan Negeri. Pembentangan maksud
    “Gender Budgetting” dalam Majlis Dialog Bajet telah membuka kesedaran kepada
    semua agensi-agensi kerajaan tentang peranan wanita itu sendiri. Oleh itu,
    Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Tetap
    yang lain termasuk agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam aspek pembangunan
    wanita dengan menggunakan peruntukan sedia ada dari agensi-agensi yang terbabit.

Lampiran

Tiada Lampiran.