Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

113) PELAN TINDAKAN MENCEGAH BANJIR DI DUN SELAT KLANG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memandangkan kawasan Selat Klang dikatakan di bawah paras laut, apakah pelan tindakan bagi mengelakkan banjir berlaku di DUN Selat Klang?

    Antara pelan tindakan bagi mengelakkan banjir yang berlaku di DUN Selat Klang adalah dengan perlaksanaan projek berikut:

    • Kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran bagi mengatasi banjir kilat di Pelabuhan Klang,Selangor Fasa 1 (Pakej1) yang sedang berjalan dan melibatkan kerja-kerja pembinaan pump gate dan dinding penahan banjir
    • Kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran bagi mengatasi banjir kilat di Pelabuhan Klang, Selangor Fasa 1 (Pakej 2) yang sedang dalam proses penilaian tender di mana projek ini akan melaksanakan skop kerja yang sama seperti skop kerja di bawah pakej 1.
    • Pembelian pam bagi tujuan pengepaman air laut terutamanya ketika air pasang tinggi pada lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.

     

  2. Sila sertakan jadual kerja bagi menjayakan pelan tersebut serta jabatan dan agensi terlibat serta badan pemantau progress kerja.

    Satu taskforce banjir telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri tahun 2015 yang diketuai YB Hj Zaidy bin Abdul Talib EXCO Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani dan dianggotai pelbagai agensi kerajaan seperti JPS, JKR, JPBD dan lain-lain. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab merangka, menyelaras dan melaksanakan program-program sebelum banjir, semasa banjir dan selepas banjir.

    Jawatankuasa telah bermesyuarat sebanyak 2 kali dan melalui taskforce tebatan banjir juga pasukan petugas ops lumpur telah diwujudkan dan operasi bersepadu telah dilaksanakan sebanyak 1 kali.

    Maklumat Tambahan :

    Senarai siren banjir dalam daerah Klang :

    KOD_STN NAMA_STN DAERAH
    1 JALAN KEBUN, JOHAN SETIA KLANG
    2 KG. JOHAN SETIA 1 KLANG
    3 KG. JOHAN SETIA 2 KLANG
    4 TUGU KERIS, SG RASAU KLANG
    5 TMN. SENTOSA 1 KLANG
    6 TMN. SENTOSA 2 KLANG
    7 BANDAR PUTERI KLANG
    8 BUKIT RIMAU KLANG
    9 BT.4, KG. JAWA, SG KANDIS KLANG
    10 TMN. SRI MUDA 1 KLANG
    11 TMN. SRI MUDA 2 KLANG
    12 TMN. SRI MUDA 3 KLANG
    13 PEKAN MERU KLANG
    14 JLN. SG. KAPAR BESAR, (JLN. BENTENG) KLANG
    15 JLN. JAYA SETIA, BUKIT KAPAR, MERU KLANG
    16 BT. 8 ½, KG. BUKIT KAPAR, MERU KLANG

Lampiran

Tiada Lampiran.