Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
116) PELAN TINDAKAN KAWASAN PELANCONGAN KAWASAN HAKISAN PANTAI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pelan tindakan yang dijalankan oleh pihak Negeri Selangor pada tahun 2024 untuk memperbaiki infrastruktur pelancongan, khususnya mengenai isu-isu seperti hakisan pantai yang sering berlaku di Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor masing-masing memperuntukkan sebanyak RM22 juta dan RM36 juta untuk melaksanakan projek memperbaiki infrastruktur pelancongan, khususnya mengenai isu-isu seperti hakisan pantai yang sering berlaku di Negeri Selangor. Berikut adalah perincian projek yang dilaksanakan oleh JPS Negeri Selangor:-
Peruntukan Negeri
Bil. Tajuk Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Menaiktaraf Benteng di Pantai Sekendi, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan 6,000,000.00 – Peringkat Reka Bentuk (Penyediaan Dokumen Tender)
Jangka Tender Pada Bulan Julai 2024
2. Menaiktaraf Benteng di Pantai Sg. Pulai, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan 5,000,000.00 – Peringkat Reka Bentuk (Penyediaan Dokumen Tender)
Jangka Tender Pada Bulan Julai 2024
3. Menaiktaraf Benteng di Parit 4 Sekinchan, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan 3,000,000.00 14.7.2022 –
13.7.2023
Tarikh CPC: 31.8.2023
Projek Siap 4. Menaiktaraf Benteng Kampung Sungai Yu, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan 3,000,000.00 14.7.2022 –
13.7.2023
Tarikh CPC: 13.7.2023
Projek Siap 5. Menaiktaraf Benteng di Sungai Leman, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan (Fasa 1) 5,000,000.00 28.10.2022 –
26.4.2024
Tarikh CPC: 26.4.2024
Projek Siap Jumlah 22,000,000.00 Peruntukan Persekutuan
Bil. Tajuk Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status Projek Fenomena Air Pasang Besar (FAPB) 1. Projek Pengawalan Hakisan Pengukuhan Benteng Persisiran Pantai Benteng Kepah, Sg. Apong dan Sg. Lang, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan 7,050,487.00 20.6.2024 –
20.8.2026
Dalam Pelaksanaan (Projek baru mula pada 20 Jun 2024)
2. Projek Pengawalan Hakisan Pengukuhan Benteng Pantai di Sg. Hj. Dorani, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan 2,431,006.00 20.6.2024 –
19.1.2026
Dalam Pelaksanaan (Projek baru mula pada 20 Jun 2024)
3. Projek Pengawalan Hakisan Pengukuhan Benteng Pantai di Pantai Batu 23, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan 1,286,509.00 20.6.2024 –
20.5.2026
Dalam Pelaksanaan (Projek baru mula pada 20 Jun 2024)
4. Projek Pengawalan Hakisan Pengukuhan Benteng Pantai di Kg. Seri Sentosa, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan 2,962,603.00 20.6.2024 –
20.3.2026
Dalam Pelaksanaan (Projek baru mula pada 20 Jun 2024)
5. Projek Kawalan Hakisan dan Memperkukuhkan Benteng Pantai di Kawasan Kg. Lembah Pantai Sg. Kajang Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan 4,961,440.00 21.6.2024 –
21.6.2026
Dalam Pelaksanaan (Projek baru mula pada 21 Jun 2024)
6. Projek Kawalan Hakisan dan Memperkukuhkan Benteng Pantai di Kg. Sungai Janggut dan Kg. Tok Adam, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan 4,605,909.00 21.6.2024 –
21.5.2026
Dalam Pelaksanaan (Projek baru mula pada 21 Jun 2024)
7. Projek Menaiktaraf Benteng Pantai Bagi Mengatasi Fenomena Air Pasang Besar Kg. Tok Muda dan Kg. Sg. Serdang, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan 4,810,600.00 21.6.2024 –
21.11.2026
Dalam Pelaksanaan (Projek baru mula pada 21 Jun 2024)
8. Projek Membina dan Menaiktaraf Benteng Pantai dan Kawalan Hakisan Bagi Fenomena Air Pasang Besar di Pantai Cunang dan Pantai Tanjung Sepat, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan 7,939,217.00 21.6.2024 –
21.7.2026
Dalam Pelaksanaan (Projek baru mula pada 21 Jun 2024)
Peruntukan Pembangunan Persekutuan 9. Projek Pemuliharaan Pantai Morib 47,312,035.70 1.9.2023 –
1.7.2026
Dalam Pelaksanaan Jadual: 19%
Sebenar: 30%
(sehingga
24 Jun 2024)
Jumlah 83,359,806.70 -
Adakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi hakisan pantai yang menyebabkan kehilangan pasir dan meningkatkan infrastruktur kemudahan awam seperti tandas awam dan lain-lain?
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor hanya melaksanakan projek kawalan hakisan pantai bagi mengurangkan kehilangan pasir dengan membina struktur pemecah ombak atau training wall dan penyuburan pantai (beach nourisment) di Pantai Morib, Daerah Kuala Langat dan Projek Kawalan Hakisan di Pantai Cunang, Daerah Kuala Langat.
-
Sila kemukakan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor dalam mengatasi masalah hakisan pantai.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM22 juta untuk mengatasi masalah hakisan pantai seperti jadual berikut:-
Bil. Tajuk Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Menaiktaraf Benteng di Pantai Sekendi, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan 6,000,000.00 – Peringkat Reka Bentuk (Penyediaan Dokumen Tender)
Jangka Tender Pada Bulan Julai 2024
2. Menaiktaraf Benteng di Pantai Sg. Pulai, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan 5,000,000.00 – Peringkat Reka Bentuk (Penyediaan Dokumen Tender)
Jangka Tender Pada Bulan Julai 2024
3. Menaiktaraf Benteng di Parit 4 Sekinchan, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan 3,000,000.00 14.7.2022 –
13.7.2023
Tarikh CPC: 31.8.2023
Projek Siap 4. Menaiktaraf Benteng Kampung Sungai Yu, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan 3,000,000.00 14.7.2022 –
13.7.2023
Tarikh CPC: 13.7.2023
Projek Siap 5. Menaiktaraf Benteng di Sungai Leman, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan (Fasa 1) 5,000,000.00 28.10.2022 –
26.4.2024
Tarikh CPC: 26.4.2024
Projek Siap Jumlah 22,000,000.00