Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

79) PELAN TINDAKAN BENCANA ALAM SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jenis bencana alam yang dihadapi oleh Negeri Selangor dengan perubahan iklim dan cuaca yang ketara dalam beberapa tahun ini?

    Jenis bencana alam yang dihadapi oleh Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    • Banjir
    • Banjir Kilat
    • Ribut
    • Kebakaran Hutan Simpan dan Tanah Gambut
    • Tanah Runtuh
  2. Apakah Pelan Tindakan Menghadapi Bencana Alam Selangor untuk 10 tahun akan datang?

    Berikut adalah Pelan Tindakan Menghadapi Bencana Alam melalui Smart Disaster Management di bawah inisiatif Smart Selangor dengan kerjasama Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) – Menteri Besar (Pemerbadanan) serta Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) adalah seperti berikut:

    • Pelaksanaan Smart Selangor Command Centre (SSCC) oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor melalui kerjasama Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan Menteri Besar (Pemerbadanan) yang memantau parameter dan petunjuk

     

    1. Pemantauan Satelit dgn kerjasama Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM).

     

    • Sistem GEOSMART dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

     

    • Pemantauan udara melalui Unmanned Aerial Vehicle (UAV) secara berkala di kawasan berisiko

     

     

    • Pelaksanaan sistem Peta Bahaya Risiko Cerun (PBRC) dan NatSIS dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia kepada Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan bertanah tinggi melalui teknologi LiDAR dan

     

    • Pelaksanaan Working Group bagi menilai risiko dan merangka pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang berdasarkan penilaian risiko, analisis data dan parameter

Lampiran

Tiada Lampiran.