Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
132) PELAN TINDAKAN AMPANG JAYA BANDAR RENDAH KARBON
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah Pelan Tindakan Ampang Jaya Bandar Rendah Karbon melibatkan masyarakat setempat?
Pelan Tindakan Ampang Jaya Bandar Rendah Karbon 2030 mensasarkan penurunan karbon sebanyak 25 % pada tahun 2030. Oleh itu, bagi mencapai sasaran tersebut, pelbagai inisiatif hijau telah dilaksanakan oleh pihak MPAJ. Antaranya ialah;
- Menggalakkan smart partnership antara MPAJ, syarikat swasta, pembekal NGO dalam membangunkan dan menyelenggara bandar/ kejiranan hijau melibatkan masyarakat secara terus terutamanya dalam aspek:-
- Komuniti Hijau
- Aktiviti gotong royong secara berkala
- Pertandingan lanskap/halaman cantik
- Menggalakkan program kitar semula di kalangan komuniti dan pelajar sekolah
- Menyediakan pusat komuniti
- Penubuhan kelab basikal
- Ampang Jaya Trees of Life
- Taman Herba
- Kebun Kejiranan
MPAJ bersama masyarakat setempat sentiasa mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk aktiviti perkebunan kejiranan sama ada secara kekal atau sementara serta memudahcara pelaksanaan aktiviti perkebunan kejiranan.
- Memberi kefahaman, pendidikan dan latihan kepada agensi kerajaan, pemaju, syarikat dan masyarakat/ individu tentang konsep dan amalan pembangunan hijau dan kejiranan hijau.
- Melaksanakan program kempen kesedaran dan pendidikan awam tentang pengasingan sisa di punca.
- Melaksanakan program kitar semula di peringkat pemimpin masyarakat bagi mempromosikan 3R.
- Bekerjasama dengan sektor industri sisa pepejal untuk latihan kepada pengendali pengurusan sisa pepejal dengan tujuan mewujudkan tahap kompetensi pengendali.
- Menjadikan pengurusan sisa pepejal dan kitar semula sebagai sebahagian daripada aktiviti pendidikan di sekolah dan prasekolah di seluruh sekolah-sekolah di sekitar Ampang Jaya.
- Serta lain-lain program yang dijalankan oleh PBT (Kempen Minyak Masak, Kempen Kitar Semula, Kempen Kompos, Taklimat LCCF, Pemasangan lampu LED/ Solar, Anugerah berkaitan Teknologi Hijau, Pelan Pengurusan Karbon, Penyertaan Dalam Pertandingan Berkaitan Teknologi Hijau dan lain-lain)