Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
204) PELAN PERANCANGAN DUN TERATAI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sama ada Kerajaan Selangor ada suatu pelan landskap DUN Teratai dan berapakah peruntukan tahun ini untuk pelan perancangan DUN Teratai supaya jadi sebuah kawasan hijau, indah dan bersih?
Pihak Majlis tidak mempunyai Pelan Landskap khusus untuk Dun Teratai.
Walaubagaimanapun pihak Majlis telah memohon peruntukan daripada Jabatan Landskap Negara untuk mewujudkan Pelan Induk Lanskap seluruh kawasan MPAJ. Pihak Majlis juga memperuntukkan anggaran RM 489, 210.00 untuk Dun Teratai pada tahun 2013 bagi penyelenggaraan dan pengindahan landskap. Untuk makluman, pihak Majlis melaksanakan program penanaman pokok menggunakan kakitangan sendiri dan pokok ini dari tapak semaian Majlis dan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos bagi pengindahan landskap di kawasan Majlis.
-
Sila kemukakan dokumen tindakan perancangan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di DUN Teratai dalam tempoh 2008 Ð 2013
Pengindahan landskap yang telah dibelanjakan untuk Dun Teratai sepanjang 2008 sehingga 2012
Tahun Amaun 2008 2009
2010
2011
2012
689,810.00 354,190.00
258,950.00
699,306.00
683,862.96