Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
109) PELAN PEMBANGUNAN TINDAKAN KAWASAN PERINDUSTRIAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelan tindakan masa dan penyelenggaraan untuk pembaikan Jalan-jalan Rosak di Kawasan Perindustrian Selangor?
Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu penyelenggaraan di kawasan perindustrian, Kerajaan Negeri membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan peruntukkan MARRIS bagi menyelenggara jalan dikawasan – kawasan perindustrian yang sedia
Selain itu, Kerajaan Negeri turut mengarahkan agar Pihak Berkuasa Tempatan mengadakan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) diadakan sekerap mungkin bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan industri.
Bagi menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dimasa hadapan, Kerajaan Negeri dalam proses mengkaji berkenaan cadangan penetapan peratusan peruntukkan penyelenggaraan kawasan perindustrian yang perlu disediakan oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan khusus untuk menyelenggara kawasan perindustrian yang sedia ada.
Kerajaan Negeri juga menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta yang berkonsepkan Managed Industrial Park.
-
Adakah Kerajaan Selangor menyediakan pelan pembangunan kawasan perindustrian Selangor?
Invest Selangor telah mengadakan Bengkel Pengurusan Kawasan Perindustrian pada 20 dan 21 September 2016 yang lalu. Menerusi bengkel ini, konsep pembangunan kawasan perindustrian di Selangor yang berkonsepkan Managed Industrial Park dimasa hadapan akan dirangka dan akan dikemukakan kepada Kerajaan
Konsep pembangunan ini membolehkan pihak pemaju untuk menguruskan sendiri kawasan perindustrian yang dibangunkan dan ini diharapkan mampu untuk menangani isu-isu penyelenggaraan kawasan perindustrian yang dihadapi ketika ini. Selain itu, menerusi konsep ini, ianya mampu memberikan imej baru kepada kawasan-kawasan perindustrian yang ada di Negeri Selangor disamping menyediakan prasarana pelaburan yang lebih kondusif.
-
Berapakah jumlah hasil dikutip daripada kawasan perindustrian Selangor dalam tempoh tahun 2013 - September 2016?
Jumlah hasil cukai taksiran industri yang dikutip daripada syarikat-syarikat perkilangan di Selangor bagi tempoh tahun 2013 – 2015 mengikut pecahan Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut;-
Pihak Berkuasa Tempatan
Tahun 2013 2014 2015 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 23,101,970.56 23,119,824.12 24,369,881.13 Majlis Bandaraya Shah Alam 78,645,923.61 76,819,098.35 85,084,218.65 Majlis Perbandaran Subang Jaya 24,005,000.00 27,725,406.57 29,573,205.80 Majlis Perbandaran Klang 44,986,507.80 37,203,547.16 44,179,545.82 Majlis Perbandaran Sepang 2,933,999.76 3,016,055.83 3,036,059.85 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 3,188,200.00 2,269,956.12 2,223,030.34 Majlis Perbandaran Kajang 16,875,148.50 17,480,393.21 18,525,551.65 Majlis Perbandaran Selayang 17,007,132.00 23,520,794.69 25,151,811.89 Majlis Daerah Hulu Selangor 9,233,088.41 11,035,846.03 12,772,491.74 Majlis Daerah Sabak Bernam 247,789.00 0.00 564,094.02 Majlis Daerah Kuala Selangor 4,100,000.00 4,400,000.00 4,874,827.47 Majlis Daerah Kuala Langat 9,650,615.68 10,953,079.76 9,976,721.11 Jumlah (RM) 233,975,375.32 237,544,001.84 260,331,439.47 *Sumber : Pihak Berkuasa Tempatan