Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
97) PELAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah majlis-majlis perbandaran dalam negeri Selangor akan merancangkan untuk menerbitkan pelan utama untuk meningkatkan bilangan dan kapasiti kemudahan awam, selaras dengan piawaian yang ditetapkan dalam Rancangan Negeri Selangor 2035?
Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 merupakan dokumen statutori yang mencadangkan penyediaan kemudahan masyarakat, rekreasi dan sukan yang perlu disediakan oleh pelbagai agensi berkaitan dan bukan sahaja oleh PBT berdasarkan kepada unjuran penduduk mengikut Manual garis panduan dan piawaian perancangan Negeri Selangor (edisi keempat) dalam keluasan yang ditetapkan.
Dalam konteks ini, pihak PBT sememangnya membuat semakan silang dengan pemajuan-pemajuan baru yang dikemukakan oleh pihak pemaju dan dikenakan syarat untuk menyediakan kemudahan masyarakat selari dengan garis panduan dan piawaian perancangan.
Selain daripada itu, agensi di peringkat persekutuan danpemaju yang mengemukakan Kebenaran Merancang (KM) negeri juga turut berperanan di dalam menyediakan tapak cadangan kemudahan masyarakat berdasarkan kepada zon gunatanah di dalam Rancangan Tempatan di kawasan PBT. Oleh itu, dari segi bilangan dan kapasiti kemudahan awam akan memenuhi keperluan setempat.