Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
258) PELAN MITIGASI BANJIR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah banjir di kawasan Bukit Kemuning, Kampung Bukit Lanchong, kawasan Batu 5 dan kawasan Perindustrian Bukit Kemuning?
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan masing-masing sebanyak RM43,912,898.00 dan RM663,163,106.00 untuk melaksanakan projek mitigasi banjir di kawasan Bukit Kemuning, Kampung Bukit Lanchong, kawasan Batu 5 dan kawasan Perindustrian Bukit Kemuning. Antara projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-
Bukit Kemuning dan Kawasan Perindustrian Bukit Kemuning
Kerajaan Negeri Selangor melalui JPS telah melaksanakan projek dan kerja mitigasi banjir di Bukit Kemuning dengan kos berjumlah RM42,211,406.00. Daripada jumlah peruntukan tersebut, sebanyak RM15,000,000.00 adalah menggunakan Peruntukan Akaun Amanah Caruman Parit dan RM27,211,406.00 menggunakan Peruntukan Pembangunan Negeri. Berikut adalah projek dan kerja mitigasi banjir yang dilaksanakan di Bukit Kemuning:-
Untuk makluman Yang Berhormat juga, sistem saliran yang terdapat di kawasan Perindustrian Bukit Kemuning adalah di bawah penyelenggaraan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Kawasan Batu 5 Kemuning
Untuk makluman Yang Berhormat, sistem perparitan Jalan Persekutuan di kawasan Batu 5 Kemuning adalah di bawah penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya (JKR).Kampung Bukit Lanchong
Kerajaan Negeri Selangor melalui JPS telah melaksanakan projek dan kerja mitigasi banjir di Kampung Bukit Lanchong dengan kos berjumlah RM1,701,492.00. Daripada jumlah peruntukan tersebut, sebanyak RM1,652,492.00 adalah menggunakan Peruntukan Pembangunan Negeri dan RM49,000.00 menggunakan Peruntukan Akaun Amanah Caruman Parit. Manakala, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM663,163,106.00 untuk melaksanakan Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT) yang melibatkan Kampung Bukit Lanchong dan kerja pengukuhan dan penstabilan tebing sungai. Berikut adalah projek dan kerja mitigasi banjir yang dilaksanakan dan dirancang di Kampung Bukit Lanchong:-
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek ini dalam tempoh yang dipersetujui?
Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (P.K 2.4), pihak kontraktor boleh memohon lanjutan masa jika kelewatan menyiapkan projek adalah disebabkan oleh pihak Kerajaan ataupun pihak ketiga. Sebagai contoh, jenis kelewatan yang melayakkan pihak kontraktor untuk memohon lanjutan masa adalah seperti masalah reka bentuk atau kelewatan penyambungan bekalan elektrik. Walau bagaimanapun, jika kelewatan adalah disebabkan oleh kegagalan pihak kontraktor untuk merancang kerja-kerja di tapak maka pihak kontraktor boleh dikenakan denda Liquidated Ascertained Damages (LAD) berdasarkan harga kontrak. Namun demikian, sekiranya pihak kontraktor didapati gagal menunjukkan komitmen dan usaha untuk menyiapkan sesuatu projek, pihak Pegawai Penguasa projek mempunyai kuasa untuk menamatkan projek tersebut dengan mematuhi prosedur penamatan projek Kerajaan.