Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
215) PELAN MENGATASI BANJIR PETALING JAYA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan PBT dalam mengatasi banjir di Petaling Jaya, khususnya di seksyen 1, 2, 3 dan 4?
Pihak Majlis Telah Menyediakan Laporan Kajian Pengurusan Air Hujan Di Kawasan Pju 1 – Pju 10 Pada Tahun 2014. Hasil Kajian Tersebut Menunjukkan: a) Lokasi banjir hanya berlaku di kawasan Kg. Cempaka sahaja
Longkang besar berlaku di kawasan tersebut di rekabentuk sehingga dapat menampung 100 tahun ARI (100 tahun keamatan hujan).
Faktor utama banjir adalah disebabkan dasar Sg. Kayu Ara telah cetek dan menyebabkan air melimpah ketika hujan lebat.
Cadangan penyelesaian oleh perunding adalah dengan mengadakan ‘FLOOD VALVE’ pada setiap ‘DISCHARGR OUTLET’ dan mengadakan Flood Wall serta 2 nos pump bagi setiap ‘DISCHARGE OUTLET’. Bagi menyelesaikan masalah banjir di seksyen 1, 2, 3 dan 4 pihak majlis telah:
Membina kolam takungan (IN LINE) di parit hujan lebat Jalan 1/5 dan siap pada tahun 2012.
Pihak Majlis telah melantik Juru Runding bagi melaksanakan projek tambatan banjir di Seksyen 1 dan Seksyen 6 (UPSTREAM). Projek di jangka kan bermula pada pertengahan tahun 2014.