Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
68) PELAN KECEMASAN JIKA BERLAKUNYA BENCANA AKIBAT GETARAN ATAU GEMPA BUMI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sudahkah pihak kerajaan negeri mempunyai pelan respons kecemasan sekiranya berlaku bencana yang diakibatkan oleh getaran atau gempa bumi?
Pihak kerajaan negeri memang sudah ada pelan tersebut dengan adanya pelan respons kecemasan bagi semua agensi/jabatan berkenaan yang dipertanggungjawabkan dari aspek keselamatan(dari aspek fizikal dan taktikal) oleh Bahagian Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Selangor. Sekiranya keadaan bencana kritikal dan diaktivasikan dengan arahan Majlis Keselamatan Negara(MKN No. 20 )iaitu Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara akan diimplementasikan sepenuhnya untuk diselaraskan dengan semua agensi sama ada di peringkat negeri dan daerah masing-masing.
-
Jika wujudnya pelan sebegini, sila nasihat apa pelan tersebut secara terperinci.
Sila semak dalam pelan respons kecemasan yang sedia ada di kerajaan negeri dan arahan MKN No.20 serta arahan dari agensi Jabatan Metrologi Malaysia dan lain-lain agensi berkenaan.
-
Adakah peruntukan dana untuk malapetaka sebegini dan berapa banyak sekiranya ada?
Peruntukan dana terpulang kepada kerajaan negeri masing-masing walaupun kerajaan negeri telah ada peruntukan yang sedia ada bagi setiap daerah buat masa kini.