Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
96) PELAN JANGKA PANJANG AGENDA PENGANGKUTAN AWAM SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelan jangka panjang agenda pengangkutan awam oleh kerajaan khususnya yang melibatkan Bas Smart Selangor?
- Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor (PIPANS) bagi memberikan lakaran dan alternatif baru jajaran dan jalinan pengangkutan awam supaya Kerajaan Negeri dapat merangka sistem pengangkutan awam yang menepati keadaan semasa dan kehendak rakyat Negeri
- Antara usaha yang berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah menyediakan perkhidmatan bas percuma iaitu Bas Smart Selangor yang kini mempunyai 100 buah bas di 30 laluan di 11 kawasan PBT di Negeri Selangor tidak termasuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai 4 laluan dengan 22 bas percuma. Sambutan yang positif di kalangan rakyat terhadap perkhidmatan Bas Smart merupakan langkah awal untuk Kerajaan Negeri mencapai sasaran nisbah 60:40 iaitu 60 peratus penggunaan pengangkutan awam berbanding 40 peratus kenderaan persendirian serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan pilihan
- Seiring dengan peningkatan teknologi terkini, perkhidmatan Bas Smart Selangor juga ditambah baik dengan penggunaan applikasi supaya capaian maklumat yang lebih cepat dan lancar. Lanjutan itu, Kerajaan Negeri bersama Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) sedang membangunkan applikasi Bas Smart Selangor iaitu Transport Information System (TIS) yang akan membolehkan pengguna bas mengenalpasti kesemua 30 laluan Bas Smart Selangor, menjejak perjalanan bas secara ‘real time’ dan menyemak waktu ketibaan bas. Pengguna juga boleh mendapatkan “passenger info display system” di setiap perhentian bas dengan mengimbas ‘QR Code’ menggunakan telefon Ini dapat membantu pengguna mengurus masa dan perjalanan dengan lebih efektif serta tidak perlu menunggu lama di mana-mana perhentian bas seperti sebelum ini.