Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
193) PELAN INTERGRITI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah visi, misi serta kayu pengukur kejayaan untuk Pelan Integriti Kerajaan Negeri Selangor?
Tiada Pelan Integriti Negeri Selangor buat masa ini.
-
Siapakah ahli jawatankuasa yang menganggotai badan pelaksana Pelan Integriti Kerajaan Negeri Selangor bagi memantau keberkesanan pelan tersebut?
Pelan Integriti Kerajaan Negeri Selangor belum dilaksanakan buat masa ini. Walau bagaimanapun, Unit Integriti Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang ditubuhkan pada tahun 2008 adalah pihak yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan Pelan Integriti untuk Penjawat Awam Negeri Selangor yang masih di dalam peringkat draf.
-
Senaraikan polisi dan program yang telah dilaksanakan di bawa Pelan Integriti Kerajaan Negeri Selangor dan sejauh manakah pelan tersebut berjaya dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang telus, amanah dan bertanggungjawab terhadap rakyat?
Unit Integriti telah melaksanakan beberapa program seperti Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Berintegriti Penjawat Awam, Seminar Pemantapan dan
Pengukuhan Integriti, Kempen Nilai-Nilai Murni dan banyak lagi program berkaitan Integriti yang dibuat khas untuk Penjawat Awam Negeri Selangor dan Pegawai-pegawai Exco Negeri Selangor.