Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

226) PELAN INTEGRITI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah visi, misi serta kayu pengukur kejayaan untuk Pelan Integriti Kerajaan Negeri Selangor?

    Pada masa kini, tiada pelan integriti yang komprehensif disediakan untuk Negeri Selangor. Walaubagaimanapun, sejak cawangan integriti di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ditubuhkan dari tahun 2008, peranan dan fungsi cawangan ini adalah mempertingkatkan serta memperkukuhkan integriti penjawat awam di Negeri Selangor. Cawangan ini juga telah membangunkan visi dan misinya tersendiri dalam usaha memperkukuhkan peranannya.

    Visi : Penjawat Awam Negeri Selangor bersih

    • Rasuah
    • Penyelewengan
    • Salah gunaKuasa
    • Masalah integrity / kodetika / tatatertib

    Misi :          Memastikan konsep 4P (Penerapan,                Penghayatan, Pengamalan dan

    Pengukuhan) berkaitan nilai murni dan integriti sentiasa dilaksanakan dari masa ke semasa

  2. Siapakah ahli jawatankuasa yang menganggotai badan pelaksana Pelan Integriti Kerajaan Negeri Selangor bagi memantau keberkesanan pelan tersebut?

    Tiada badan pelaksana yang menganggotai pelaksanaan pelan ini kerana pelan yang komprehensif masih belum dibangunkan. Walau bagaimanapun, Cawangan integriti bekerjasama dengan Institut Integriti Malaysia (IIM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Agensi lain untuk sentiasa menambah baik aktiviti dan program berkaitan integriti khusus untuk penjawat awam di Negeri Selangor. Bagi pemantauan pelaksanaan program/ aktiviti ianya dijadikan Sasaran Kerja Tahunan bagi Cawangan Integriti di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang perlu dilaksanakan.

  3. Senaraikan polisi dan program yang telah dilaksanakan di bawa Pelan Integriti Kerajaan Negeri Selangor dan sejauh manakah pelan tersebut berjaya dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang telus, amanah dan bertanggungjawab terhadap rakyat?

    Pelan yang komprehensif masih belum dibangunkan tetapi program / aktiviti berteraskan konsep 4P (Penerapan, Penghayatan, Pengamalan dan Pengukuhan) telah dipergiatkan sejak tahun 2008 kerana ianya dibawah fungsi Cawangan Integriti. Program/ Aktiviti adalah seperti berikut:

    • Seminar Pemantapan dan Pengukuhan Integriti
    • Kursus Pemantapan Individu dan Organisasi Berintegriti
    • Hebahan/ Peringatan Bulanan melalui email – My Integriti
    • Kempen Nilai Murni o Ceramaho    Email Hebahan
    • Pemakaian Collar Pin “Integriti Amalan Hidup Saya”
    • Kursus Pengukuhan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

    Berdasarkan program / aktiviti yang dilaksanakan telah banyak mempertingkatkan produktiviti serta kecekapan perkhidmatan awam yang disediakan di mana apabila penjawat awam mengamalkan konsep integriti dalam kerja seharian sekali gus ianya merubah sistem penyampaian sedia ada ke arah yang lebih telus, amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.