Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

102) PELAN INDUK SALIRAN MESRA ALAM (PISMA)

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah JPS dapat memasukkan daerah Klang untuk kajian PISMA pada tahun depan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah siap melaksanakan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Daerah Klang pada bulan Mei 2009. Walau bagaimanapun, kajian PISMA melibatkan Daerah Klang akan ditambah baik dan sedang dalam peringkat perancangan oleh JPS Malaysia. Berikut adalah status pelaksanaan kajian PISMA melibatkan daerah Klang:-

    Berikut adalah senarai Kajian PISMA yang dilaksanakan di Negeri Selangor menggunakan Peruntukan Persekutuan dan Peruntukan Negeri:-

  2. Jika ya, nyatakan kawasan yang terlibat. Jika tidak, nyatakan sebab-sebab.

    Perluasan skop untuk kajian PISMA Bandar Sepang, Pekan Meru dan Puchong akan dilaksanakan dan kajian akan mengambil kira hampir keseluruhan Daerah Klang.

    Maklumat Tambahan Mengenai Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA)

    Pengenalan PISMA:-

    1. PISMA adalah pelan induk yang mematuhi konsep Manual Saliran Mesra Alam (MSMA).
    2. Mengenalpasti isu-isu dan kelemahan pada sistem saliran sedia ada termasuk isu-isu dan permasalahan kualiti air.
    3. Mencadangkan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan berdasarkan cadangan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang dalam mengatasi masalah banjir kilat dan pencemaran kualiti air di kawasan perbandaran.
    4. Membangunkan Inventori Aset Sistem Saliran.
    5. Merupakan panduan dan rujukan untuk merancang pembangunan masa hadapan yang lebih sistematik dan mapan.

     

    Objektif PISMA:-

    1. Untuk merangka pelan induk jangka masa panjang dalam pengurusan air larian hujan untuk mengurangkan risiko banjir.
    2. Untuk merangka pelan induk jangka masa panjang dalam pengurusan kualiti air larian hujan menggunakan Teknologi Tersedia Terbaik (BAT) atau Amalan Pengurusan Terbaik (BMPs) untuk mengurangkan kesan pencemaran pada air/ badan air.
    3. Untuk membangunkan Inventori Aset Sistem Saliran.

     

    Hasil PISMA:-

    1. Pelan Induk Saliran menerangkan secara komprehensif penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan risiko kejadian banjir kilat.
    2. Pelan Induk Kualiti Air menerangkan Amalan Pengurusan Terbaik (BMPs) yang boleh dilaksanakan bagi mengawal pencemaran akibat pembangunan.
    3. Pembangunan sistem inventori adalah inventori infrastruktur-infrastruktur berkaitan saliran yang ada di kawasan kajian digunakan sebagai rujukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pihak berkaitan untuk pemantauan dan penyelenggaraan.
    4. Drainage Capacity Assessment menunjukkan kapasiti sistem saliran dan menyesyorkan sistem saliran yang perlu dinaiktaraf segera.
    5. Cadangan Aras Pembangunan
    6. Soil Erosion Risk Map

Lampiran

Tiada Lampiran.