Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
92) PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM (PIPA)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini PIPA?
Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) Ke 29/2016 yang diadakan pada 1 September 2016 dan disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) Ke 30/2016 pada 7 September 2016 telah menimbang dan bersetuju untuk menerima Laporan Akhir Kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor sebagai Blue Print Pengangkutan Awam Negeri Selangor dalam merancang dan meningkatkan sistem pengangkutan awam di Negeri Selangor.
-
Sejauh manakah PIPA mampu menyelesaikan kesesakan lalulintas di Lembah Klang?
Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor (PIPANS) adalah satu dokumen asas ke arah mewujudkan perancangan pengangkutan awam yang komprehensif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Negeri Selangor. Ia juga merupakan dokumen yang komprehensif dan lengkap untuk dijadikan panduan dan hujahan ke atas pendirian Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan nisbah pengangkutan awam kepada penggunaan kenderaan persendirian iaitu 60:40 dan akan memberi lakaran dan alternatif baru jajaran dan jalinan pengangkutan awam supaya Kerajaan Negeri dapat membantu merangka sistem pengangkutan awam yang menepati keadaan semasa dan kehendak rakyat Negeri Selangor.
Kajian ini antara lain telah memperlihatkan perkhidmatan rel sebagai alternatif utama pengangkutan awam Negeri Selangor berdasarkan faktor kesediaan laluan-laluan rel tersebut yang meliputi kawasan Lembah Klang dan beberapa laluan baru yang telah dipersetujui dibina di Negeri Selangor.
Kajian juga turut mencadangkan supaya perkhidmatan rel sedia ada dioptimumkan dengan cadangan jajaran baru rel bagi menghubungkan missing link di lokasi yang mempunyai keperluan dan permintaan yang tinggi terhadap pengangkutan awam.