Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
189) PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status dan kemajuan penyediaan Pelan Induk Pengangkutan Awam bagi negeri Selangor?
Penyediaan Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor telah dimulakan pada bulan April 2015 lagi dengan perbincangan untuk memperhalusi Terma Rujukan (ToR) Selanjutnya, Kerajaan telah melantik perunding MAG Technical & Development Consultans Sdn. Bhd. bagi menyediakan kajian ini yang dijadualkan mengambil masa selama enam (6) bulan bermula pada bulan Ogos 2015 sehingga bulan Februari 2015. Draf Laporan Interim kajian ini dijadualkan diperolehi seawal bulan November 2015.
-
Apakah sasaran (dalam peratus) penggunaan pengangkutan awam dalam penyediaan pelan ini?
Berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 Kerajaan mensasarkan nisbah minima pengangkutan awam kepada penggunaan kenderaan persendirian pada tahun 2020 ialah 60:40 selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai nadi pengangkutan utama di Negeri Selangor. Sehingga kini, status semasa nisbah pengangkutan awam kepada penggunaan kenderaan persendirian Negeri Selangor hanya 20:80. Kajian Pelan Induk ini akan memperhalusi perancangan sedia ada, jangka pendek, sederhana dan panjang supaya mencapai sasaran yang ditetapkan
-
Namakan pakar-pakar perunding yang telah dilantik untuk penyediaan pelan ini, dan bayaran fi mereka
MAG Technical & Development Consultants Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai perunding utama kajian ini berdasarkan kelayakan dan keupayaan perunding seperti berikut :
Perunding MAG Technical & Development Consultants Sdn. Bhd. (MAG) memenuhi tempoh masa kajian yang ditetapkan iaitu enam (6) bulan bagi Peringkat 1 iaitu menyediakan Rangka Kerja Pelan Induk Pengangkutan yang akan memfokuskan kepada konsep peringkat makro yang akan mengenalpasti corak permintaan, keperluan interchange dan intersection antara lebuhraya dan jalinan jalanraya serta perancangan guna tanah. Pada masa sama kajian juga akan
mengkaji mengenai aspek pengangkutan awam yang meliputi isu-isu integrasi dengan rangkaian sistem yang sedang dan akan dibangunkan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Melaluinya, Kerajaan Negeri akan dapat menentukan pembangunan infrastruktur pengangkutan yang diperlukan oleh pihak pengguna. Manakala Peringkat 2 Kajian hanya akan dijalankan setelah kajian Peringkat 1 diterima oleh pihak Kerajaan. Kajian peringkat 2 meliputi kajian terperinci tentang penilaian kejuruteraan, fizikal, alam sekitar dan aspek sosial;
- Perunding dilengkapi kakitangan professional yang berkepakaran dalam bidang regional/transport plan, transport modeller, regional planner, demographer, socio-economist dan traffic model and simulation. Kepakaran tersebut diperlukan bagi memastikan kajian dibuat secara menyeluruh dan terperinci;
- MAG Technical & Development Consultants Sdn. Bhd. mempunyai maklumat-maklumat lama dan terkini meliputi keseluruhan jalinan perhubungan dan pengangkutan awam di Negeri Selangor memandangkan perunding pernah melaksanakan Kajian Pelan Induk Infrastruktur Negeri Selangor pada tahun 2001 dan kajian-kajian pelan induk pengangkutan terkini mengikut daerah di Negeri Selangor; dan
- Cadangan kos sebanyak RM990,000.00 menepati kehendak dan keperluan