Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

2) PELAN INDUK PEMBANGUNAN PERTANIAN SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang untuk sektor tanaman padi?

    Melalui dapatan kajian yang telah selesai dilaksanakan oleh Institut Kajian Dasar Pertanian Makanan (IKDPM), Universiti Putra Malaysia (UPM), beberapa strategi telah dicadangkan untuk dilaksanakan dan ianya merangkumi pelan jangka pendek, sederhana dan

    1. Pelan Jangka Pendek
    • Pengorganisasian golongan pesawah dalam perusahaan sosial;
    • Persijilan MyGAP berkelompok;
    • Penggunaan mesin jentanam (transplanter);
    • Penggunaan kepersisian mudah seperti carta warna daun;
    • Mewujudkan program makanan untuk sekolah;
    • Mewujudkan tanaman sampingan seperti tanaman cendawan jerami; dan
    • Pendidikan pemasaran bagi mendapatkan harga yang lebih

     

    1. Pelan Jangka Panjang

     

    • Penguatkuasaan MyGAP ke atas produk pertanian dalam Negeri Selangor menjelang 2020;
    • Membangun, menanam dan memasarkan variati tahan penyakit dengan produktiviti tinggi;
    • Penanaman padi       secara       semulajadi       (natural       farming).
    • Mempromosikan jualan beras menggunakan kaedah layan diri; dan
    • Menghasilkan beras yang mempunyai nilai artisan seperti beras
  2. Apakah teknologi dan pendekatan yang disyorkan untuk mencapai objektif ini?

    Bagi mencapai objektif tersebut, penggunaan teknologi serta pendekatan yang disyorkan adalah seperti berikut :-

     

    • Menggalakkan penggunaan mesin jentanam secara meluas di mana kaedah tersebut boleh membantu mengurangkan penularan perosak dan patogen serta ianya boleh meningkatkan produktiviti hasil padi;

     

    • Penggunaan drone bagi kerja-kerja pembajaan dan meracun perosak di mana dengan penggunaan teknologi tersebut dengan secara meluas ianya boleh mengurangkan kos untuk kerja-kerja tersebut jika dilaksanaka secara manual; dan

     

    • Mengaplikasikan penggunaan konsep pertanian perisis yang mudah seperti penggunaan carta warna daun di mana jika terdapat serangan awal penyakit, perbezaan warna daun berbanding carta warna daun dapat dikesan awal oleh

Lampiran

Tiada Lampiran.